TOTAL PAGEVIEWS

25 May 2017

66 | Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan

Assalamualaikum. 

Masa baca buku #PelukisJalanan dulu banyak sangat dapat kesedaran tentang kesilapan masa zaman belajar. Tapi sayang sebab buku #PelukisJalanan wujud pun masa tu rasanya dah nak habis belajar pun. 



First kenal Teme dari Instagram dia ( Teme Abdullah ) tapi masa tu buku dia belum naik lagi dan memang terpukau tengok setiap lukisan dia. Lepas tu, gone. Lupa. Tak lama lepas tu kecoh Teme nak kasi poskad raya dari hasil tangan dia sendiri kepada orang yang bertuah. Ok then kenal balik nama Teme sebab kawan Nadia, Shahzira antara yang bertuah terpilih untuk dapat poskad raya tu. Hahaha. Dia punya happy, Ya Allah ! Teme hantar poskad tu dari London kot ! 

So, lepas kes si Shahzira dapat poskad raya tu lah baru teringin nak beli dan baca buku dia. Sejujurnya masa mula-2 beli tu rasa macam "Berbaloi ke ea? Ni macam buku cerita je. Tapi feedback positive berlambak kat twitter"

Disebabkan #PelukisJalanan tak setebal #ArkitekJalanan , so sekali baca buku tu terus tak boleh stop sebab Teme buat macam kami ni pembaca nak tahu apa lagi selepas selepas tu ! Tanggapan masa tu terus berubah dan "Ya ! Buku ni memang 'something'".

#PelukisJalanan

#ArkitekJalanan 



Lepas dah baca, buku ni buatkan Nadia rasa banyak benda zaman diploma dulu yang Nadia tak all out. Walaupun kesedaran tu datang selepas dah jatuh teruk masa semester 3 tapi Alhamdulillah sebab masih belum terlambat untuk tarik diri untuk terus bangkit masa semester 4 dan semester 5. Sekarang tengah tunggu keputusan semester 6 (praktikal) dan harap pointer akan maintain atau menaik 😊 .

Cita-cita nak sambung degree tu memang ada tapi sebab rezeki kerja datang dulu sebelum belajar, so Nadia kena fokus pada kerjaya dulu. 

In sha Allah, I will do 'something' for my degree (InShaAllah) . Buku tu memang banyak suntik semangat pada setiap orang yang baca.

Terharu dengan cara Teme & Ahmad berkawan.. 




24 May 2017

65 | Long Distance Relationship

Sebut pasal LDR dah tentu ni antara benda yang tak gemar jadi oleh kebanyakan orang (tapi nadia suka) sebab masa ni emosi, mental dan fizikal memang teruji. 

Masa zaman sekolah, orang kata ..
"Kau tunggu la nanti dia dah masuk IPT, dia mesti jumpa yang lagi elok dari kau."

Selepas habis belajar di IPT, orang kata .. 
"Buat apa bercinta sekarang, nanti dah kerja mesti jumpa yang lagi ada masa depan dan bekerjaya dari pasangan zaman belajar ni."

Masuk alam kerja .. 
"Ishh, tak takut ke jauh dari somi/steri? Berani lepaskan dia ek?"

..

Pucuk pangkal permasalahan ialah DIRI SENDIRI. Suka untuk nak petik ayat Teme dari buku Arkitek Jalanan,  

"Ia bukan persoalan kahwin muda. Penzina akan kekal penzina walaupun dia sudah berkahwin kerana dia tidak cukup ilmu. Aku tak akan galakkan pemuda kahwin muda, tapi aku galakkan mereka berkahwin awal. Awal tidak bermaksud muda kerana kematangan dan kesediaan kita berbeza"

Kita tolak isu kahwin tapi highlight isu matang. Ya. MATANG

Matang dalam menilai. 

Matang dalam atur hidup sendiri. 

Matang untuk buat keputusan tanpa dipengaruhi orang sekeliling. 

Matang dalam berfikir dan bertindak. 

Jadi matang tak perlu tunggu tua. Matang bila kita boleh berfikir lebih sikit dari rakan sebaya kita. Apa yang orang lain belum fikir, kita dah fikir. Apa yang orang lain belum buat, kita melangkah dulu. Tolak apa yang negatif dan pupuk positif dalam diri. 

...

..

Kita usaha tapi kita tak berhak nak tentukan panjang pendek perhubungan tu. Hal yang mudah orang paranoid ialah "kepercayaan". Hal yang susah orang kekalkan ialah "komunikasi". Hal yang mudah orang ambil enteng ialah "kelemahan"

Macam mana nak berjauhan kalau kelemahan pasangan pun kita tak boleh terima. Jangankan cuba untuk ubah, terima pun kita taknak. Mengharapkan setia tapi untuk berkomunikasi pun sanggup berkira masa hatta untuk satu "Selamat Pagi". Macam tu ke nak mengharapkan kepercayaan dari pihak satu lagi sedangkan seremeh hal pun kita tak mampu nak buat ? *asah kapak*

..

Bagi Nadia sendiri dengan Amirul, satu benda yang acap kali jadi masalah kami ialah kepercayaan. Terlalu paranoid kalau kalau Nadia terlebih mesra sampai buat pihak satu lagi "jatuh suka". Jujur sejak 2 tahun 9 bulan yang lepas sehingga ke hari ni memang isu ni je yang akan jadi masalah wajib kami. Tapi apa guna mulut dan jari untuk berkomunikasi dan cari solusi daripada jauh hati lepastu larikan diri? 

Orang yang paling kuat antara kami ialah Amirul. Tak susah nak jaga dia tapi agak susah nak jaga Nadia 😃 Nadia sampai dah naik bosan (sehingga ke hari ni) dengan isu "pergaulan & kepercayaan" sebab perang kami cuma ini ! Amirul orang yang suka berbincang dan berlembut bila berbahas sebab dia tahu Nadia akan selalu jadi 'api' dan sekeras keras kerak nasi akan lembut kalau kena gaya. Amirul dah buktikan. Punca ni jadi sebab Nadia ni terlebih peramah, itu je. 

Last. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan dan LDR tu tak lah seteruk yang kita anggap. 

*suka LDR sebab em tak suka dating sebenarnya. Shhhh jangan bagitahu Amirul. Padan muka dia tak boleh jumpa dah lepas ni.

09 May 2017

64 | Belajar IPT vs Kereta

Assalamualaikum. 



Ini bukan cerita tipu tapi memang cerita betul. Cuti sekolah hujung tahun, cari kerja dan masa tu dapat kerja dekat Pizza Hut (PH) . Pergi kerja ma hantar dengan motor. Balik kerja, kalau balik petang, ma ambil dengan motor. Kalau balik tengah malam, abah datang ambil dengan kereta. 

Jadi, harini katakan habis je paper terakhir SPM, esoknya terus ma pergi daftar lesen memandu untuk Nadia. Lepas SPM tu sambung masuk kerja PH semula. Nak dijadikan cerita, lepas lesen kereta dah keluar P, sebulan simpan lesen sebab abah tak ada masa nak ajar bawa kereta. So tambah tolak dalam sebulan macam tu, abah ajar la bawa kereta dan kereta pertama lepas bawa kereta kancil tempat lesen memandu tu ialah kereta MPV sebab itu je ada kat rumah. 

Abah ajar sehari je untuk biasakan kaki bawa kereta auto, lebih kurang seminggu lepas tu abah kasi lesen hijau untuk drive sendiri pergi kerja walaupun ma tak kasi.  'Cuba bawa, sebab kalau tak yakin je dengan anak, sampai bila pun dia tak pandai bawa kereta' - abah.  Sebab abah memang jenis ayah yang tak akan izin anak dia memandu selagi belum ada lesen. Kalau dah ada lesen, suka hati lah. 

...

Nampak macam poyo. Tapi pandangan orang pada kita terus akan berubah bila kita ada sesuatu. Belum rasa? Tak apa. In sha Allah one day AWAK akan rasa..

Lepas Nadia dah bawak MPV tu pergi kerja hari-hari (18 tahun), ada satu AM (Assistant Manager) ni dulu sombong. Tapi lepas Nadia bawa kereta, siap nak jadikan adik ipar. KERETA JE PUN ! Setiap kali ada kenalan dia yang datang PH, mesti dia akan kata "Jangan main-main, dia kaya ni. Tu kereta dia tu" (wlwpun bapak bayar). Biasanya orang perempuan lah perangai gini. Lelaki biasa tak. Kan? Haha

Masa ni memang rasa sangat annoying. Satu lagi tak suka tanggapan dia yang masa tu dia cop Nadia anak orang senang. 

..

Sampailah Nadia masuk belajar dan Nadia dah mula faham sikit sikit apa tu 'kehidupan'. Masa tu tak bawa kereta lagi pergi kolej dan masih duduk hostel. Tapi ada satu member kelas (tak rapat), dia bawa motor. Dia rajin juga kasi motor dia orang pinjam. Sampailah masa tu kawan baik Nadia kata, "#%^* bila pinjam motor %*^# , dia tak bawa elok elok macam depan #%^* pun. Dia langgar lubang lah, tak brek naik bonggol lah" . Nadia mengaku memang Nadia takkan izinkan orang sembarangan bawa kereta salah satu nya sebab tu lah. Contoh yang dah ada depan mata masa duduk hostel. Kadang memang kita perlu jadi paranoid.

So masa tu macam, oh ada juga orang macam ni. Tapi kawan Nadia si pemilik motor ni memang dia dipandang dulu idk sama ada sebab diri dia atau sebab dia ada motor. 

Sampailah Nadia sendiri bawa kereta dan perasaan masa kerja PH dulu, datang balik. Bukan daripada kawan-kawan Nadia yang baik, tapi kawan-kawan Nadia yang cuba untuk ambil kesempatan. Berbuih sampai sawan cakap ikhlas dan jujur pun, orang tak boleh tipu kalau ia dah libatkan hati. Kita semua ada hati yang boleh nilai dan rasa apa tujuan seseorang pada kita. Nadia bersyukur sebab Nadia ada benda tu. Tapi sayang, Nadia suka abaikan perasaan tu sampailah benda tu akan jadi kenyataan. 

..

Satu hal lagi yang Nadia tak setuju soal bawa kenderaan ke tempat belajar ni. Tak kesah lah motor, kereta hatta van atau bas sekalipun. Setiap orang ada 'struggle'. So macam mana awak boleh cop orang yang berkenderaan tu senang dan mudah bergerak hanya sebab dia berkenderaan dan awak berjalan kaki atau tumpang orang?

Prinsip Nadia lepas dah bawa kereta "Biar perut lapar, jangan kereta tak ada minyak" . Jangan anggap orang bawa kenderaan ni keje nak minta duit dengan parents. Sesetengah ye. Sesetengah, tidak. Kalau awak kumpul syiling untuk beli makanan, saya kumpul syiling untuk isi minyak kereta dan tidak makan. Sebab tu Nadia simpan stok biskut atau maggi. Gunanya bila tak ada duit nak beli makanan lah. 

Ini benda betul. - Orang tengok kereta kita full tank. Tapi orang tak fikir sebenarnya itu lah duit terakhir yang kita dah laburkan sebab taknak kereta habis minyak sebab Nadia memang akan isi full tank untuk tahan seminggu. Makan atau tak makan belakang cerita. Kadang-2 duit bukan habis pada kita tapi pada kawan-2 sebab diorang pinjam tapi janji nak pulang esok tapi bayar bila MARA masuk. 

RM150 ada dalam tangan. Orang tu kirim. Orang tu pinjam. Tiba tiba duit susut 😱 Last-2 malu nak minta dan menangis dalam kereta sebab nak tolong orang tapi tak tengok ekonomi sendiri. Awak awak karang kalau dah kerja dan kahwin, jangan buat pe'el gini ea. Nak isi periuk nasi orang tolong tengok periuk nasi sendiri dulu risau makan diri. 

Pernah tu duit dah licin, kalau ada duit syiling dalam bekas kaca. Nadia ambil duit tu, p tukar dekat kedai runcit depan lepas tu simpan dalam purse. Tak guna pun untuk beli makanan sebab duit tu kira mcm spare in case terlalu lapar so Nadia boleh beli roti 6 bun yang RM3.40 tu. 

Bukan taknak minta ma abah, tapi Nadia tahu perbelanjaan sebulan hampir seribu sebab nak isi minyak kereta lagi, nak makan lagi. Tu belum campur yang kawan pinjam lepas tu bayar next month. Menangis pasal duit tu perkara biasa kot lagi-2 kalau duit nak isi minyak kereta pun tak ada ini kan lagi nak makan. 

..

So jangan rasa apa yang kita nampak sama macam apa yang kita anggap. Kalau kita suka susahkan orang demi menyenangkan diri sendiri, satu hari nanti Allah akan hantar kesusahan pada awak macam yang awak dah buat pada orang lain. Banyak sangat beza antara pertolongan atau ambil kesempatan. 

Jangan kecil hati sebab Nadia tahu kawan kawan Nadia baik. Awak tahu awak awak siapa 😊

05 May 2017

63 | Impian atau harapan ?

Kadang, berdiam diri lebih baik daripada menjelaskan apa apa. 

Sekarang, aku tertanya-tanya. Apa impian aku dan harapan seterusnya ea? Apa 'target' aku lepas ni? Kenapa aku rasa macam aku tak ada impian dan cita-cita? Terasa hidup ni betul diatur. Aturan yang diatur Allah tu, biarlah. Tapi ada juga aturan daripada manusia. 

Kadang apa yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik untuk kita. Tapi tetap kita nak yang terbaik tu walaupun belum tentu itu yang terbaik. 

Dari cara aku bercakap, melontarkan setiap apa yang ada dalam kepala, setiap pandangan, orang rasa aku 'bijak bercakap' . Tak. Aku cuma aplikasikan apa yang aku baca melalui mata dan lontarkan semula melalui suara selepas dah diserap oleh otak dan hati. 

Apa yang baik, aku kongsi. 

Orang kata aku positif. Setiap tindak tanduk, dirasanya aku 'baik'. Tak. Ada buruk aku. Tapi cuma selepas kau kenal aku. Kita pula cuma akan betul-betul kenal seseorang dalam 2 keadaan je ;

1) Bila kau tinggal serumah dengan dia. (kawan)
2) Bila kau berkahwin dengan dia. (pasangan) 

Aku percaya dan sangat percaya, minda kita ni raja bilamana andai kita tak bentuk dan tukar corak pemikiran memang kita akan rosak dengan tanggapan kita sendiri. Tapi aku juga percaya sebanyak mana aku cuba untuk yakinkan mereka "Kita ialah apa yang kita fikir & kita yang buat dia (diri, minda, dan hati)' , tetap ada orang yang tak percaya. 

Tak banyak yang aku minta dari manusia. Pemahaman dan persefahaman. Itu pun susah macam minta cek 1juta. Kadang, paranoid untuk lontarkan pandangan dan harapan sebab aku tahu lebih banyak penolakan dan tentangan. Jadi akhirnya, aku biar je Allah atur apa yang terbaik untuk aku. Selagi takdir tu yang terbaik dan ada pilihan untuk aku memilih, aku cuba untuk ubah takdir tu melalui doa.

Siapa kata jiwa macam aku tak banyak tercalar? Hahahaha. Tahu tak orang yang cuba untuk memperbaiki masalah orang lain ialah orang yang banyak masalahnya. Kecik pada mata orang belum tentu kecik pada mata si penanggung. Diam dan senyum belum tentu redha. Kalau ada pun, pasrah.

Kita terlalu mudah remehkan orang lain asalkan kita rasa kita menang. 


Thank you Ms Google .