TOTAL PAGEVIEWS

15 January 2021

93 | Majlis Pertunangan Nadia & Aznier

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 5 bulan bernikah. Orang lama kata, kita takkan kenal seseorang tu selagi tak tidur sebantal, tinggal sebumbung dan makan sepinggan. Agak mencabar juga diawal perkahwinan dulu sebab kita datang dari dua individu berbeza. Tapi disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. 

Nadia dan Aznier bertunang pada 01-02-2020 dan majlis dibuat boleh kata kecil kecilan juga masa tu. Yela anak perempuan pertama yang nak buat majlis kan. Tapi anak kedua yang bakal mendirikan masjid. Sebab adik lelaki Nadia dah nikah tahun 2018 dengan orang Perak. Alhamdulillah. 

Masa tunang dulu, Nadia sangat tak berani nak update blog sebab sejujurnya Nadia risau hubungan pertunangan tu putus separuh jalan. Jadi memang Nadia langsung tak berniat untuk update apa apa. Walaupun dalam Facebook, Instagram meriah dengan posting tunang. 

Apa dugaan bertunang? Duit. Perempuan. Kerja. Ini yang Nadia mampu cakap. Tapi secara detail, biarlah kami simpan berdua. Dugaan tunang sangat real ya kawan kawan. 

Macam mana overcome? Communication. Tapi ada je Nadia buat keras taknak berbincang sebab I hate to talk when I'm not in mood. Gittew. Sama sama lah. Kalau satu tengah panas. Yang satu lagi jangan la membakar. Bagi masa dan ruang untuk pihak satu lagi bernafas. Saling memahami. 

Nampak macam mudah kan? Em tak semudah itu ya..

Majlis Pertunangan 01-02-2020

Kami pasang 1 khemah je supaya selesa tetamu nak duduk makan 

Satu benda yang Nadia paling suka bila buat majlis dekat rumah,
semua keluarga boleh berkumpul 💕

Antara rombongan pihak lelaki




Hmmm pak cik yang memang suka tangkap gambar. hehe

Baba (ayah mertua) dan abah (ayah kandung)

Ayoh dari Kelantan (Kopiah putih)



Mama ❤❤

Hm memang tak pandai salam cium tangan. 

Ma (ma kandung) & Mama (mak mertua)


Masa ni Aznier boleh dikategorikan kurus lagi lah 👀😝

Keluarga suami. Ya suami anak pertama dan lelaki tunggal.
Baba biasalah ayah ayah. Hehe. Adik Aznier tak cukup 1 orang. 

Squad saya masa dekat KPTM Kuantan dulu. Thank you !


Adik dan adik ipar kesayangan. 

Bakal adik ipar dan adik gedik ! hahahaha

Sanggup datang dari Shah Alam untuk majlis Nadia ! Thanks Wani !!
 
Squad dari sekolah menengah. Ada juga dari sekolah rendah.

Untuk makan, kami masak sendiri je dengan jiran jiran dan ahli keluarga dari Puncak Alam. Masa tunang tak ramai pun datang untuk ahli keluarga. 4 sekeluarga dari Puncak Alam je. Masa bulan 2 ni, kes covid masih belum masuk Malaysia tak silap sebab bulan 3/2020 keluarga Nadia dan family dekat Puncak Alam semua bercuti ke Langkawi. Syukur lagi masa ni. 

Kami decide buat Kursus Kahwin pada bulan 12/2019. Maksudnya bila dah plan nak kahwin, kami buat kursus kahwin dulu, barulah bertunang.


Sebab majlis pun dah lama berjalan, jadi gambar banyak yang dah bersepah. hehe. 

Nanti Nadia akan update untuk Majlis Kahwin musim PKP pula ya.. 

Kursus Kahwin (22-12-2019)

Bertunang (01-02-2020)

Nikah (06-08-2020)

Majlis Kahwin (08-08-2020)

Plan asal kahwin sepatutnya 10/2020

Nanti Nadia akan share perjalanan perkahwinan pula. 

Terima kasih 💕💕💘💘💋💋








25 November 2020

92 | Mulut Orang dan Rezeki Berkahwin

 Assalamualaikum semua..

Wahh lamanya tak menulis dalam blog ni. Nadia cuma terfikirkan tentang rezeki yang ada atas dunia ni, dalam konteks berkahwin

Selalu kan kita dengar, bila belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak. Bila mengandung, orang anggap menyusahkan. Bila dah melahirkan, orang tanya pula bila nak tambah lagi. Seterusnyaaaaaaaa

Sebelum Nadia nikah, Nadia jumpa dengan ramai orang yang bertanya bila nak kahwin. Tapi bila dah nikah, terbalik. Nadia jumpa dengan ramai orang yang mempertikaikan kenapa kahwin awal. Muda lagi. Seterusnyaaaaaaaaa

Kawan kawan, dia macam ni. Kalau kita tak berada dalam kasut seseorang, kita, tiada hak untuk mempertikaikan keputusan yang mereka ambil. Sila ambil berat tentang nasihat yang satu ni. 

Ada masa kita beranggapan nasihat kita paling boleh pakai, tapi kita lupa satu nasihat belum tentu terpakai untuk semua orang dan semua keadaan. 

Nadia bersyukur dapat keluarga sendiri yang supportive dan keluarga mertua yang memahami, alhamdulillah. 

Ada sebab awak kahwin lewat. Ada sebab awak kahwin awal. Tapi apa yang Nadia pasti, Nadia SUKA okay tengok kawan kawan yang kahwin dan dapat zuriat awal. Risiko kehamilan pun kurang bagi yang target untuk ada zuriat pada usia muda.

Target Nadia dulu memang nak biar anak nampak sebaya dengan Nadia. HAHAHAHAHAHAHA. 

Bak kata ayah mertua, sebelum umur 30 ni biar beranak nanti umur 50 tahun, anak dah besar besar. Hm make sense ! 

Apa salah kalau kita buat haluan sendiri dan awak cukuplah bersyukur dengan apa yang awak ada. Jangan usik tentang hidup saya sebab kehidupan saya in sha Allah baik baik saja. 

Kadang kadang kita perlu jadi malas. Malas dalam mencampuri urusan orang lain. hihi

Anggaplah bila awak lambat berkahwin, sebab Allah ada rezeki lain untuk awak selain daripada sebuah perkahwinan. Contohnya masa yang banyak dengan keluarga. Bagi mereka yang dah berkahwin, ini bahgian kita, rezeki kita. Cepat atau lambat, Allah saja yang tahu baik dan buruk. Nadia doakan kita semua bahagia dalam cerita kita sendiri. 


Amin..