TOTAL PAGEVIEWS

27 November 2015

20. Sem-3 (Teman dan Lawan)


Hye?


cc : Telegram TheFaizIbrahimChannel

Dulu, masa sekolah. Lagi aku tak berkenan dengan orang tu, lagi aku nak stalk. Lepas tu, aku bidas balik dekat laman sosial aku. Perangai tu terbawa-2 sampai kolej. Sampai dah habis sem 3 pun. Tapi pertengahan sem 3, aku sedar satu benda, kenapa kita nak kena sakitkan hati sendiri untuk baca dan tahu apa yang orang cakap belakang pasal kita? Yedok? 

Tapi pun aku masih buat. Sampailah aku sedar yang sebenarnya aku dah memperbodohkan diri sendiri untuk benda remeh. Jadi nya, aku pilih untuk, selain daripada 'remove' orang tertentu, aku pilih untuk berhenti ambil tahu. Nak mengata, nak menghina, itu hak kau. 

Ada benda ALLAH pilih untuk kita berhenti ambil tahu. Sekarang ni, aku anggap nama-2 tu semua tak pernah wujud dalam hidup. Pelan-2 buang. Even if, ada orang datang bercerita dan buka cerita, dah tak ada hati nak stalk. Sebab kau tak ubah macam sejenis orang asing yang aku tak pernah kenal. Noktah. 

Cc : Instagram DakwahSentap

Sesungguhnya aku tak redha walau sehalus kuman setiap apa yang jadi. Ya. Tak redha. Kau stalk kan? Kau paham sendiri apa kau dah buat. Sampai mati lidah tak bertulang tu, aku ingat bait katanya depan manusia lain. Sekalipun kau dah dipanggil tuhan. 


Cc : Telegram KakHassanah

Cukup aku pandang dari satu side positif, Allah makbulkan doa aku. Hijab dibuka untuk pandang mana kawan mana lawan. Dari apa yang dah jadi, rupanya banyak lawan dari kawan. Situ nampak dah selama ni aku tak ubah dari satu manfaat yang dimanfaatkan. Jarang gerak hati tersilap. Aku tak terkilan apa yang hilang. Tapi aku bersyukur apa yang masih kekal.


Cc : Telegram TarbiahSentap

Cc : Telegram TarbiahSentap 

Aku pilih untuk biar semua orang nilai diri sendiri termasuk aku. Jujur aku sentap. Sentap tanda masih ada iman. ALLAH kirim hidayah. Cuma rebut atau lepas. Tanya diri..

Cc : Telegram KakHassanah

Konklusi, biar gambar bercerita.

Orang kata aku hebat bercakap. Katanya kalau tak ditegur, selalu rasa yang aku betul. Tapi sayangnya tak ada pun yang menegur. Katanya lagi, sebab aku ego. Pelik. Belum dicuba dah menilai. Satu teguran yang ditegur di khalayak, itu HINAAN bukan TEGURAN. Sekalipun pensyarah maki kau pun, tak payah belakang, depan pensyarah tu pun kau dah mengamuk. Nampak tak beza konsep tegur dan hina tu macam mana ? 

Pensyarah seusia ibu bapa pun kau kurang ajar, inikan aku yang sebaya. Yedok? 

Encik Lazi kata Gen-Y ni generasi yang pandai bercakap. Generasi yang pandai menjawab. Kita cakap lah apa pun, walaupun salah dia, dia tetap akan balas. Jadi kita yang dipihak yang benar ni, diam je. Jangan biar jadi bodoh macam dia. Biarkan dia bodoh sorang-2. 

Kak Sab kata hidup akak ni tak tinggi dipuji, tak mati dek keji. 

Dalam proses cuba untuk jadi macam AmirulAsyraf yang tak ambil tahu pasal orang. Tak peduli apa orang kata. Bila sakit hati, terasa, cuma diam. Kadang aku marah, tapi bila fikir balik, bagus macam tu, mengelakkan adanya musuh. Tapi duhhh jiwa tak sekental awak. 

Fida, yang dihentam macam mana, cuma diam. Dikata apa, cuma senyum. Simpan dalam hati diam-2. Bila aku dah hilang semuanya tiba-2 dia datang muncul sebagai pembakar semangat. Aku ingat tiap apa yang jadi depan mata aku tentang kau. Kau hebat. Kalau lah mulut ni pun boleh sesenyap Fida. Hati boleh sesabar dia walau apa yang dikata.

AinEca orangnya senyap tapi makan dalam. Bukan tak sakit hati. Tapi diam. Diam sebab taknak keruhkan keadaan. Sabar dalam banyak situasi. Mungkin sebab budak pandai. Yelaaa orang pandai ni attitude dia lain sikit. Matang. Malas nak gaduh. Baik hadam sorang-2. 

Mak, orang yang tak pernah sebelahkan sape-2 pun. Bagi dia semua ada salah silap sendiri. Bagi nasihat, datang kuatkan semangat. Huwaaaaa ai teringat everything dalam tempoh beberapa hari tu.

Qeyla ni macam Fida. Senyap. Tapi tiba-2 datang nak ambil tahu. Bagi semangat. macam pemerhati dalam diam pun ada. 

Bila tak redha, tu yang jadi teringat-2. 

Akan sampai satu masa, sampai lah masa kau. Mungkin aku sok baik, hebat bercakap, hebat menulis. Tapi kau lupa, takkan sakit kaki sendiri kalau bukan diri sendiri terpijak paku. Jangan sakit hati. Jangan terasa, kalau tak kena atas hidung sendiri. Manakan orang lain makan cili, orang lain rasa pedas. Nope. 

Selamat malam malaikat dunia kuih lapis. 







11 November 2015

19. Cinta & Kawan

1.37 am tengah buat apa woi? 
Aku ada ni hah tengah melantak maggi sedap hasil penyeludupan almari si adik perempuan.
Disebabkan dia tidur, so kita makan dulu, esok baru bagitahu.
Kebetulan ada sepeket. Memang rejeki angat. Auwm

Tengah-2 tunggu maggi lembut dalam periuk, so tetiba ai teringat sesuatu.
Aku percaya semua orang pernah ada masalah hubungan.
Bila bermasalah, jangan difokus pada masalah, tapi fokus pada PENYELESIANNYA. 

Masa zaman sekolah , Nadia xbanyak masalah dalam berkawan. 
Kalau ada pun, pesen gaduh sebab jantan. Masalahnya taknak pun lelaki tu, 
tapi si perempuan plk meroyan lebih. 
Tapi Nadia banyak masalah bab 'couple' .
Tapi kalau ikotkan, orang hantar p sekolah suruh belajar.
Yang gatal p bercinta buat apa, ye dok? 
Istilah mak mak pulak, "Spender pun mak beli, ada hati nak bercinta. Sekolah tu biar habis dulu"
Baik mengaku mak sape yang cakap cengginih? :D

Terbalik dengan zaman belajar selepas SPM.

Alhamdulillah setakat mula diploma sampai dah sem 3 ni, masih dengan seorang lelaki y sama :"D
Auchh terharu.

Tapi em ai got so so so so so so many problem in friendships. ~

Tujuan update blog kali ni bukan untuk bukak pekung seketul seketul
Tapi cuma nak cakap yang sebenarnya ADA BENDA ALLAH NAK AJAR

Mungkin dulu Nadia ada banyak problem dengan couple sebab ada benda Allah nak ajar.
Nadia ni *ehem nak puji diri jap* lembut hati sebenarnya.
Bukan jenis pandai cakap 'tak' atau menolak sesuatu.
So bila Nadia bnyk ikut telunjuk lelaki, then Allah mula lah tunjuk sikit demi sikit.
Yang sebenarnya tak semua benda patut kata 'ya' lagi-2 dengan couple.
Sepanjang form1 - form5 , Nadia dah belajar bnyk benda pasal lelaki.
Yang sebenarnya tak semua tu indah. Bila kita terlalu berharap, ALLAH akan tarik semuanya.

Hati lebih cintakan si lelaki dari DIA, DIA pun amek semula apa yang DIA dah bagi
Hahhhh masa tu memang terbukti yang kau lebih sayangkan dia dari DIA.
Buktinya kau bersedih terlalu lama sampai kau lupa DIA.

Alhamdulillah dengan Asy, Nadia praktikkan balik apa benda yang boleh buat, apa yang tak boleh.
Ada benda kena ada toleransi ada benda tak perlu.
Tak semua benda kena dengar cakap dia. Kita masih ada hak untuk bebas.
Hidup belajar dari pengalaman.
Sayang manusia ni biar berpada. 

Bila zaman selepas SPM plk

Nadia diduga tentang hubungan dalam berkawan.
Perkara yang paling dianggap tak kan ada masalah besar.
Sebab aku ni suka fikir positif memanjang, so bila orang buat pape pun, "tak ada apa pun tu"
The fact is, kau dah sakit hati sebenarnya. 
Dekat situ lah Nadia kenal mana kawan mana lawan. 
Terutama sekali batu api. 
Idk how they survive. My means is porak perandakan orang lain.
Dan aku mengaku aku berubah disebabkan segelintir manusia dekat kolej. 

Tapi baguslah, mungkin sebenarnya ALLAH nak didik diri jangan lembut hati sangat.
Sebab mungkin alam pekerjaan nanti, lagi banyak pancaroba yang kena telan.
Tapi sayangnya sekarang dah jadi sekeras-keras hati disebabkan manusia.
Setakat panggilan "Ego" tu dah macam mainan. 

Tahu tak aku punya tahap tak amek tahu hal orang sampai orang yang datang and nak amek tahu hal aku.
Bilamana masa form1 dulu, masa tu class sesi petang sbb sekolah tu ada 2 sesi. 
Ada segerombolan manusia yang acah-2 kakak padahal beza setahun je pun, tarik Nadia and member Nadia masuk toilet.
Start dari lepas asar smpai waktu sekolah nak habis dia tahan kitaorang dalam toilet.
Puncanya apa je tau? 
Sebab Nadia sombong and taknak senyum -.- 
ALLAH .!
Tapi diakui sebenarnya Nadia bukan friendly orangnya dan agak sombong.
Tapi tu dulu.........

Rupanya baru aku, ada jenis manusia, orang tak usik hidup dia pun, dia datang usik hidup kita :"D

Masa tu, takut lagi nak bersuara bila dibuat macam hamba.
Sebab kenapa kata macam hamba? 
Sebab hampir je Nadia kena cium kaki dia minta maaf.
Dia berdiri atas sinki and Nadia atas lantai la ofcoz.

But now, salah orang nak dibuat macam tu sebab kita hidup berdasarkan pengalaman.
Yes pengalaman yang mengajar kita.
Walaupun dah ada pengalaman kena lempar duit atas muka masa diploma ni and i be like "betapa kurang ajar nya kau~!" 

So konklusi, hidup memerlukan sedikit kekejaman untuk terus hidup. 
Bye Haters.
:*