TOTAL PAGEVIEWS

27 November 2015

20. Sem-3 (Teman dan Lawan)


Hye?


cc : Telegram TheFaizIbrahimChannel

Dulu, masa sekolah. Lagi aku tak berkenan dengan orang tu, lagi aku nak stalk. Lepas tu, aku bidas balik dekat laman sosial aku. Perangai tu terbawa-2 sampai kolej. Sampai dah habis sem 3 pun. Tapi pertengahan sem 3, aku sedar satu benda, kenapa kita nak kena sakitkan hati sendiri untuk baca dan tahu apa yang orang cakap belakang pasal kita? Yedok? 

Tapi pun aku masih buat. Sampailah aku sedar yang sebenarnya aku dah memperbodohkan diri sendiri untuk benda remeh. Jadi nya, aku pilih untuk, selain daripada 'remove' orang tertentu, aku pilih untuk berhenti ambil tahu. Nak mengata, nak menghina, itu hak kau. 

Ada benda ALLAH pilih untuk kita berhenti ambil tahu. Sekarang ni, aku anggap nama-2 tu semua tak pernah wujud dalam hidup. Pelan-2 buang. Even if, ada orang datang bercerita dan buka cerita, dah tak ada hati nak stalk. Sebab kau tak ubah macam sejenis orang asing yang aku tak pernah kenal. Noktah. 

Cc : Instagram DakwahSentap

Sesungguhnya aku tak redha walau sehalus kuman setiap apa yang jadi. Ya. Tak redha. Kau stalk kan? Kau paham sendiri apa kau dah buat. Sampai mati lidah tak bertulang tu, aku ingat bait katanya depan manusia lain. Sekalipun kau dah dipanggil tuhan. 


Cc : Telegram KakHassanah

Cukup aku pandang dari satu side positif, Allah makbulkan doa aku. Hijab dibuka untuk pandang mana kawan mana lawan. Dari apa yang dah jadi, rupanya banyak lawan dari kawan. Situ nampak dah selama ni aku tak ubah dari satu manfaat yang dimanfaatkan. Jarang gerak hati tersilap. Aku tak terkilan apa yang hilang. Tapi aku bersyukur apa yang masih kekal.


Cc : Telegram TarbiahSentap

Cc : Telegram TarbiahSentap 

Aku pilih untuk biar semua orang nilai diri sendiri termasuk aku. Jujur aku sentap. Sentap tanda masih ada iman. ALLAH kirim hidayah. Cuma rebut atau lepas. Tanya diri..

Cc : Telegram KakHassanah

Konklusi, biar gambar bercerita.

Orang kata aku hebat bercakap. Katanya kalau tak ditegur, selalu rasa yang aku betul. Tapi sayangnya tak ada pun yang menegur. Katanya lagi, sebab aku ego. Pelik. Belum dicuba dah menilai. Satu teguran yang ditegur di khalayak, itu HINAAN bukan TEGURAN. Sekalipun pensyarah maki kau pun, tak payah belakang, depan pensyarah tu pun kau dah mengamuk. Nampak tak beza konsep tegur dan hina tu macam mana ? 

Pensyarah seusia ibu bapa pun kau kurang ajar, inikan aku yang sebaya. Yedok? 

Encik Lazi kata Gen-Y ni generasi yang pandai bercakap. Generasi yang pandai menjawab. Kita cakap lah apa pun, walaupun salah dia, dia tetap akan balas. Jadi kita yang dipihak yang benar ni, diam je. Jangan biar jadi bodoh macam dia. Biarkan dia bodoh sorang-2. 

Kak Sab kata hidup akak ni tak tinggi dipuji, tak mati dek keji. 

Dalam proses cuba untuk jadi macam AmirulAsyraf yang tak ambil tahu pasal orang. Tak peduli apa orang kata. Bila sakit hati, terasa, cuma diam. Kadang aku marah, tapi bila fikir balik, bagus macam tu, mengelakkan adanya musuh. Tapi duhhh jiwa tak sekental awak. 

Fida, yang dihentam macam mana, cuma diam. Dikata apa, cuma senyum. Simpan dalam hati diam-2. Bila aku dah hilang semuanya tiba-2 dia datang muncul sebagai pembakar semangat. Aku ingat tiap apa yang jadi depan mata aku tentang kau. Kau hebat. Kalau lah mulut ni pun boleh sesenyap Fida. Hati boleh sesabar dia walau apa yang dikata.

AinEca orangnya senyap tapi makan dalam. Bukan tak sakit hati. Tapi diam. Diam sebab taknak keruhkan keadaan. Sabar dalam banyak situasi. Mungkin sebab budak pandai. Yelaaa orang pandai ni attitude dia lain sikit. Matang. Malas nak gaduh. Baik hadam sorang-2. 

Mak, orang yang tak pernah sebelahkan sape-2 pun. Bagi dia semua ada salah silap sendiri. Bagi nasihat, datang kuatkan semangat. Huwaaaaa ai teringat everything dalam tempoh beberapa hari tu.

Qeyla ni macam Fida. Senyap. Tapi tiba-2 datang nak ambil tahu. Bagi semangat. macam pemerhati dalam diam pun ada. 

Bila tak redha, tu yang jadi teringat-2. 

Akan sampai satu masa, sampai lah masa kau. Mungkin aku sok baik, hebat bercakap, hebat menulis. Tapi kau lupa, takkan sakit kaki sendiri kalau bukan diri sendiri terpijak paku. Jangan sakit hati. Jangan terasa, kalau tak kena atas hidung sendiri. Manakan orang lain makan cili, orang lain rasa pedas. Nope. 

Selamat malam malaikat dunia kuih lapis. 







11 November 2015

19. Cinta & Kawan

1.37 am tengah buat apa woi? 
Aku ada ni hah tengah melantak maggi sedap hasil penyeludupan almari si adik perempuan.
Disebabkan dia tidur, so kita makan dulu, esok baru bagitahu.
Kebetulan ada sepeket. Memang rejeki angat. Auwm

Tengah-2 tunggu maggi lembut dalam periuk, so tetiba ai teringat sesuatu.
Aku percaya semua orang pernah ada masalah hubungan.
Bila bermasalah, jangan difokus pada masalah, tapi fokus pada PENYELESIANNYA. 

Masa zaman sekolah , Nadia xbanyak masalah dalam berkawan. 
Kalau ada pun, pesen gaduh sebab jantan. Masalahnya taknak pun lelaki tu, 
tapi si perempuan plk meroyan lebih. 
Tapi Nadia banyak masalah bab 'couple' .
Tapi kalau ikotkan, orang hantar p sekolah suruh belajar.
Yang gatal p bercinta buat apa, ye dok? 
Istilah mak mak pulak, "Spender pun mak beli, ada hati nak bercinta. Sekolah tu biar habis dulu"
Baik mengaku mak sape yang cakap cengginih? :D

Terbalik dengan zaman belajar selepas SPM.

Alhamdulillah setakat mula diploma sampai dah sem 3 ni, masih dengan seorang lelaki y sama :"D
Auchh terharu.

Tapi em ai got so so so so so so many problem in friendships. ~

Tujuan update blog kali ni bukan untuk bukak pekung seketul seketul
Tapi cuma nak cakap yang sebenarnya ADA BENDA ALLAH NAK AJAR

Mungkin dulu Nadia ada banyak problem dengan couple sebab ada benda Allah nak ajar.
Nadia ni *ehem nak puji diri jap* lembut hati sebenarnya.
Bukan jenis pandai cakap 'tak' atau menolak sesuatu.
So bila Nadia bnyk ikut telunjuk lelaki, then Allah mula lah tunjuk sikit demi sikit.
Yang sebenarnya tak semua benda patut kata 'ya' lagi-2 dengan couple.
Sepanjang form1 - form5 , Nadia dah belajar bnyk benda pasal lelaki.
Yang sebenarnya tak semua tu indah. Bila kita terlalu berharap, ALLAH akan tarik semuanya.

Hati lebih cintakan si lelaki dari DIA, DIA pun amek semula apa yang DIA dah bagi
Hahhhh masa tu memang terbukti yang kau lebih sayangkan dia dari DIA.
Buktinya kau bersedih terlalu lama sampai kau lupa DIA.

Alhamdulillah dengan Asy, Nadia praktikkan balik apa benda yang boleh buat, apa yang tak boleh.
Ada benda kena ada toleransi ada benda tak perlu.
Tak semua benda kena dengar cakap dia. Kita masih ada hak untuk bebas.
Hidup belajar dari pengalaman.
Sayang manusia ni biar berpada. 

Bila zaman selepas SPM plk

Nadia diduga tentang hubungan dalam berkawan.
Perkara yang paling dianggap tak kan ada masalah besar.
Sebab aku ni suka fikir positif memanjang, so bila orang buat pape pun, "tak ada apa pun tu"
The fact is, kau dah sakit hati sebenarnya. 
Dekat situ lah Nadia kenal mana kawan mana lawan. 
Terutama sekali batu api. 
Idk how they survive. My means is porak perandakan orang lain.
Dan aku mengaku aku berubah disebabkan segelintir manusia dekat kolej. 

Tapi baguslah, mungkin sebenarnya ALLAH nak didik diri jangan lembut hati sangat.
Sebab mungkin alam pekerjaan nanti, lagi banyak pancaroba yang kena telan.
Tapi sayangnya sekarang dah jadi sekeras-keras hati disebabkan manusia.
Setakat panggilan "Ego" tu dah macam mainan. 

Tahu tak aku punya tahap tak amek tahu hal orang sampai orang yang datang and nak amek tahu hal aku.
Bilamana masa form1 dulu, masa tu class sesi petang sbb sekolah tu ada 2 sesi. 
Ada segerombolan manusia yang acah-2 kakak padahal beza setahun je pun, tarik Nadia and member Nadia masuk toilet.
Start dari lepas asar smpai waktu sekolah nak habis dia tahan kitaorang dalam toilet.
Puncanya apa je tau? 
Sebab Nadia sombong and taknak senyum -.- 
ALLAH .!
Tapi diakui sebenarnya Nadia bukan friendly orangnya dan agak sombong.
Tapi tu dulu.........

Rupanya baru aku, ada jenis manusia, orang tak usik hidup dia pun, dia datang usik hidup kita :"D

Masa tu, takut lagi nak bersuara bila dibuat macam hamba.
Sebab kenapa kata macam hamba? 
Sebab hampir je Nadia kena cium kaki dia minta maaf.
Dia berdiri atas sinki and Nadia atas lantai la ofcoz.

But now, salah orang nak dibuat macam tu sebab kita hidup berdasarkan pengalaman.
Yes pengalaman yang mengajar kita.
Walaupun dah ada pengalaman kena lempar duit atas muka masa diploma ni and i be like "betapa kurang ajar nya kau~!" 

So konklusi, hidup memerlukan sedikit kekejaman untuk terus hidup. 
Bye Haters.
:*


07 November 2015

17. Majlis Tunang Fizan

Assalamualaikum Hye 7 November 2015.

Masa sekolah dulu, ada satu member ni, gatal nao nak nikah awal. 
Suka betul dia ni bab nikah kahwin. 
Bila dah 2 tahun tinggal zaman sekolah ni, asyik dok bergurau siapa agaknya dalam kalangan Teknik 1 yang rapat-2 ni akan "jalan" dulu.
Bukan "jalan" mati eh :"D

Nur Hafizan Binti Jaiman. 
Sepatutnya majlis tunangnya berlangsung awal dari tarikh ni, tapi dia kena denggi hari tu. 
So date nya terpaksa ditukar. 

Lepas zohor dalam 1.30 tadi, kitaorang yang perempuan ni, gerak rumah dia dulu.
Fizan ni buat kecil-kecilan je. 
Sebab kawan-2 cuma ada kawan sekelas and jiran cuma beberapa orang.
Selebihnya family dia and si Mior Mohd Afiq tu. 

Fizan & Afiq




Actly, dah beberapa kali nampak si lelaki ni dekat area Kulai.
Tak sangka yang ni sangkut jadi tunangan Fizan. 
Seriously tunang kau nampak sebaya kita. 
Tapi bila dapat tahu dia ni rupanya dah 24 tahun and i be like 'bapak muda muka dia' .
Langsung tak menampakkan ciri-ciri lelaki 24tahun. HAHAH
For sure dah bekerja and seorang TUDM . Wuu




Gadis-2 yang setia daripada awal majlis. 
Tapi semestinya Iqezzahtulafaf as juru mekap and Ayu as peneman paling setia lah yang paling awal dalam rumah tu. 
Dari sebelum zohor dah terpacak dekat rumah Fizan. 

Aku ni dah la first time merasa member terdekat tunang. 
So jadi blur bila tiba-2 makcik Fizan rasanya suruh kawan-2 dia keluar bilik dulu and baru Fizan menyusul paling belakang.
Kawan aje dah satu van, so bila dah berderet berjalan, orang tanya "Mana satu tuan yang bertunang"

Haha

Tu dah satu hal. 
Lepastu semua tak pergi dekat mini pelamin.
Semua pakat tinggal dia sorang. 
Rupanya atleast sorang kena teman dia ek? HAHAHA

Tapi tak ada sorang pun yang teman sebab masing-2 kekok. 
Rasa macam menyebok pulak tiba-2 ada dekat mini pelamin tu nanti :"D
So tinggal la Fizan sorang-2 duduk atas tu and menggigil xd teman. 
Maaf kami kekok. 

Em haah lah muka Ika dengan Abit sama :D

Belakang kiri : Abit / Nida
Depan kiri : Nadia / Amira / Fizan / Ika


Wakil-2 yang dapat lapangkan masa untuk majlis makcik kepoh sorang ni. 
Haaaa k dia ni agak kasar. 
So awal-2 member-2 dah pesan "Jan, kau jangan nak macam-2 atas tu nanti. Sopan sikit"

Alhamdulillah, nampak lah 'perempuan' tu tapi kejap je. 
Lepas tu jadi jantan balik 
Opsss hehe. 

Tunggu majlis kedua bulan 4 tahun depan nanti pulak ea. 
Tahniah Jan .
:*

Bak kata Abit, tunggu semua dah ada anak bila kita umur 30 tahun, baru buat reunion sekali lagi. 
Jadah.!

K geli plk. Bye.! 
HAHAHAHAHAHA


03 November 2015

16. Birthday Syazwani


Assalamualaikum dan hye.. 



HAPPY BIRTHDAY to SYAZWANI SAHIRA..
Awak dah 19 tahun dah sekarang ni, maintain pendek comel, maintain kuat. 
Semoga kekal dengan AA sampai lah bila-2 pun. AA tolong jaga Miss Wani ni. 
Kecik-2 dia ni pun, sedih tak tunjuk pun depan orang, cekal. 
Mengharapkan AA ada depan mata tapi AA jauh pulak :D
Nad harap Wani sentiasa diberi kesihatan yang baik, bahagia disamping family, kawan-2, housemate, classmate dan Amirul Hafiq


btw, 'F' kat belakang stand for 'Firdausi' merangkap rumah kami as Homestay Firdausi hihi


Hahhhhhhhh nampak tak macam mana starting si Syzlin kenakan Wani. Nadia pula jadi batu api makin panas-2 kan Lin. 

Wani dah sedih sebab carrymark dia. Dia taknak bercakap dengan orang.
 Then petang tu dia baru bangun tidur. 
Wani join Nad lepak depan TV and tetiba phone masuk notification group. 

Nad as new housemates, gila terkejutlah diorang ni bergaduh dalam group. 
Tiba-2 Wan kenyit mata, ouhhh prank. So just follow the flow. 






Hahahahahaha kalau aku kat tempat Wani pun aku bengang. 
Diorang punya lakonan memang tiptop. 
Aku rasa mau nak tercabut pintu utama rumah ni dikerjakan diaorang ni. 
Diorang balik je maghrib tu, dah bising. Masam je muka masing-2. 

Dengan Bella nya pergi up moment marah-2 dalam Wechat. 
SERIOUSLY nampak real sangat. 
Wani dah nak menangis or maybe dah menangis dah tapi dia sorok :"D

Lepas isyak, kitaorang bawa Wani keluar and pergi makan. 
Around 9.45 pm (2 Nov 2015) kitaorang sampai depan KVoice depan ECM. 

Syzlin, Nadia, Linda, Bella, Su dah ready dalam bilik tu. 
And guess what, bukak je pintu terus SURPRISE.~! 
Dengan lilin comel acah-2 sweet, belon, Pizza and Kek untuk Wani. 

Bukan Wani je, dengan aku sekali terkejut depan pintu bilik. 
Memang gamat lah sebab diorang nynyi lagu 'Happy Birthday' guna mic.
Terdiam kejap Wani depan pintu and tetiba berlari peluk si Lin HAHAHAHA
Comel je perangai. 
Dia pun konfius nak gelak ke nak nangis. Tapi memang dah nangis pun sebenarnya. 



Next is Linda amek satu slice Pizza and suap sorang-2. Aww
And mula lah sesi memeritkan tekak menyanyi :)



Dari kiri : Bella / Nad / Wan / Syera / Kak Ika / Wani / Lin / Nadia / Su / Linda


Big thanks to kepala yang dah plan semuanya. 
Tak tahu mana siapa kepala. Antara Nadia atau si Lin. 

Gambar menyusul.. 
Tak sangka manis kalah gula housemate baru ni. 
Walaupun masih baru dalam rumah ni, tapi selesa dengan persekitaran dalam rumah ni. 
Wani yang tolong Nad untuk masuk dalam kelompok ni. 
Really appreciate :'D
Syukur Ya Allah. 
Alhamdulillah.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG
3 NOVEMBER 1996-2015 .. 


Lepas dah habis aktiviti :D



Tadaaaaaaa Bella dah tebus balik yang dia up moment marah-2 dengan wish yang sweet. Auch. 


Enjoy your day baby. Muah :*





01 November 2015

15. Attention Seeker

Pernah atau tak berada dalam satu situasi bila mana sebenarnya cerita dah lapuk tapi orang bring up it again just to hurt you? Lagi kelakar bila dia pulak desperate cari engkorang semata-mata nak korang ni sakit hati. Pernah? 

Orang yang tandus kasih sayang je akan berperangai macam ni. Istilah popular "Attention Seeker". Whattahel kau pergi mengemis cari orang yang kau tak suka semata untuk sakitkan hati dia? Kau dah tak ada life sangat ke sampai nak kejar dia and make sure hati dia sakit dipijak-pijak? 

Konsep dia macam ni je. Bila dia dah tak peduli pasal kau, kau tak perlu pun sampai kena susahkan diri cari dia and maki hina carut kutuk dia. Kau nak apa sebenarnya?. Nak dia mati? Sebelum dia mati agaknya kau mati dulu. Silap hari bulan mati dalam keadaan mengaibkan. Tak guna solat tonggeng tonggeng kalau tujuan hidup untuk buat orang sakit hati.

Yang peliknya bila cakap soal mati, tahu pulak gelabah cakap ajal maut ditangan tuhan. Dah tu bala atas dosa lidah tu bukan ditangan tuhan ke? Alah akal. Ceteknya..

Kesian sebenarnya. Dah di block pun masih juga ikhtiar cara lain supaya ayat yang menyakitkan hati tu akan sampai pada dia. Dekat situ dah nampak bertapa sanggup nya kau kejar dosa daripada pahala. Dosa untuk sakitkan hati orang yang sebenarnya tak pernah terlintas nak fikir pasal kau. Doa orang yang teraniaya ni termakbul. Fikir balik sebenarnya siapa yang lagi banyak sakitkan hati siapa. Kesimpulannya aku tak redha walau sebesar zarah pun apa yang kau buat. 

Amirul pesan, nak ingat itu pilihan. Kita boleh nak ingat. Tapi belajar untuk memaafkan orang. 

Tapi masalahnya orang macam ni lagi bagi muka, lagi kena lanyak. Kita hidup ni jangan baik sangat. Kadang-2 kawan sendiri pun cakap belakang, kawan sendiri pun jadi batu api. Trust no one, only yourself. Selalu peka dengan orang sekeliling yang mana yang tersenyum saat kau berjaya, dan peka pada siapa yang masam. Situ nyata kawan atau lawan

Bercakap cuma boleh tambahkan dosa. Menaikkan ego. Aku undur diri dulu. Sejujurnya dengan siapa kita berkawan, itu akan jadi cerminan diri kita yang besar. Pandangan penting mata-mata orang yang lihat kita. Sekalipun perangai kita baik, bila berada dalam golongan pelacur, kita tetap akan dilabel pelacur. Ini bukan bahasa kasar. Ini mentaliti masyarakat melayu. 

Bijaklah dalam menilai dan memilih sahabat. Teguran yang keras kadang-2 sebenarnya membina tapi sebab terleka, kita pilih untuk menolak. 

Asyraf, tak sangka, sebenarnya perkenalan kita selama ni sebenarnya sebagai medan yang Allah pilih supaya saya tak terlalu baik, seolah olah dunia ni suci. Hidup ni memerlukan sedikit kekejaman untuk bertahan.

Solat. Al-Quran. Zikir. Ibu bapa. Buku motivasi
Kalangkan diri dalam kalangan yang baik kalau kita nak berubah ke arah kebaikan. Manusia ada mulut, biar dia bersuara sampai satu masa doa kita termakbul dan dia akan sedar dari tidur dalam keadaan bisu sebab banyak sangat mengata menghina. Dunia ni bulat. Hidayah itu milik Allah. Kita manusia tak ada hak untuk pertikaikan perubahan baik seseorang. 

Assalamualaikum. 

17 October 2015

14. Steps To Self-Care


Assalamualaikum dan Selamat Malam dan Selamat Menyambut Final Exam untuk student KPTM Kuantan :) 
Siapa yang tak study lagi tu bawak-2 la insaf and pergi lah study, termasuk diri sendiri k. !




Hajat awal sebenarnya nak update blog pasal zaman sekolah terutama kawan-2 sekelas masa form4 and form5. Tapi scroll Wechat, eh tetiba pulak baca mendealah ni. 


10 STEPS TO SELF-CARE

1)    Kalau taknak buat, jangan buat. Kalau dah tahu benda tu salah jangan teruskan. Lebih baik takpayah dimulakan langsung. Biar orang lain nak buat, tapi jangan mudah sangat terikut gaya hidup orang lain. 

2)     Buat apa yang kau dah maksudkan and jangan diubah disebabkan mulut orang. Tetapkan pendirian, yang cakap lah apa sekalipun, pendirian tu takkan goyah. Belajar ajar diri hidup lebih berpendirian dan tegas. 

3)     Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu orang. Boleh jadi satu kelebihan bila kau makan pujuk rayu, tapi kau jangan lupa itu akan jadi satu kelemahan yang orang akan mudah gunakan bilamana kau tak reti untuk menolak. Didik diri untuk hormat keputusan sendiri sebelum hormat keputusan orang lain. 

4)     Islam kan? Apa guna solat yang wajib kalau untuk ditinggal. Apa gunanya juga doa kalau taknak berdoa. Banyakkan doa, konsisten dalam solat dan cuba untuk solat awal waktu, Allah akan kurniakan gerak hati yang tepat. In sha Allah. Samada kita nak terima atau tepis. Tu je.. 

5)     Ni part paling penting. Jangan sesekali cakap benda buruk pasal diri. Tu semua satu doa. Bila dalam masalah, jauhkan diri dari komuniti, cari Allah, buat hobi, baca banyak bahan bacaan yang boleh bagi motivasi. Psiko diri benda yang baik-2 je. 

"Kau bukan lembik, kau cuma diuji" 
"Sebab kau istimewa, Allah datangkan ujian untuk kau hadap" 
"Sekarang kau kalah dengan emosi, balik nanti solat dan minta Allah tambah point sabar dan tabah dalam diri k" DLL

6)     Kejar impian. Betulkan niat. Jangan mudah sangat mengalah cuma sebab tak ada yang menyokong. Doa pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan. 

7)     Kalau hati rasa salah. Jangan buat. Jangan buat untuk senangkan hati orang lain. Tanya diri sendiri, "Berbaloi ke buat kalau orang tak hargai? Orang sanjung sekejap then main sepak-2 je." . Beb, benda yang ikhlas pada asalnya pun boleh jadi satu ungkitan bila kau buat semata-mata untuk PUASKAN hati orang lain sedangkan diri sendiri bukan nak buat pun. Nak jaga hati punya pasal. So if you say NO, then never let it be YES, no matter what.!!

8)     Selalu buat baik dengan diri sendiri. Macam mana nak buat baik? Cakap lah yang baik-2. Dengar hal yang baik-2. Hormat keputusan sendiri. Apa yang kau suka pandang, itu yang kau kena amalkan dalam diri tu dulu baru tegur orang lain.

9)     APA-APA perkara yang kau rasa dah bawa kau tersasar jauh dari landasan, lepaskan. Yang buat kau rasa jatuh, biarkan. Malu lah kat Allah kalau taknak malu dengan orang. Baru Allah jentik dugaan dah melatah. Bukan semua orang boleh rasa apa kau rasa. Ingat tu. Tak kira siapa pun kau anak raja atau petani. 

10)     ANTI-SOSIAL. Nampak tak relevan? K sekarang aku tanya, berapa banyak dosa kau dah buat sebab mengumpat dan dengar umpatan bila kau berkumpul. Berapa banyak dosa kau dah buat bila gurauan kau tak boleh diterima orang? Dalam sehari berapa banyak kau dapat? Kalau kau dikelilingi orang yang okey, then go on. But if you know where you stand, then get ur own life. Belum ada orang mati lagi sebab tak bergaul.. 

Kita ada mulut dan orang ada mulut. Bila kau tak suka orang mengata, kau yang dulu jangan mula mengata dan ambil tahu. Ingat benda tu. Kalau kau suka mengata, jangan marah bila kau dikata. 

Lecturer aku pernah cerita, orang yang tak hormatkan diri sendiri ialah orang yang zalimi diri sendiri. Contohnya : Nurse dalam hospital abaikan seorang mat rempit yang accident yang merungut "sakit sakit" and pergi ke katil sebelah yang cuma sakit demam sahaja. Sebabnya, kalau dia hormatkan diri dia, dia takkan jadi seorang pelumba haram atas jalan raya. Paham dah?

So, hargai diri sendiri sebelum nak hargai orang lain.. 


11 July 2015

09

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa

Memulau dan dipulau satu lumrah dalam hidup. Cuma kita tak tahu sama ada kita akan memulau dulu atau kita akan dipulau dulu. Kalau kita memulau jangan lah melampau macam kita ni ahli syurga dan bila kita dipulau jangan pula kita menagih simpati orang untuk dapatkan ihsan orang lain. Teruskan berlagak macam tak ada apa-apa dan terus bangkit. Zahirkan rasa derita cuma bagi satu kepuasan pada si pemulau.

Si batu api perosak hubungan manusia jangan galok sangat. Hidup ni ada pasang surut. Jangan pandang manusia berdosa macam awak suci dari dosa. Canang cerita berita orang lain semata tengok dia dipulau, semata tengok dia merana. Selama mana awk mampu bertahan? Seronok tengok insan lain jatuh? Bahagia tengok derita orang lain atas mulut bangkai sendiri? Bumi ni bulat, bila-bila masa awak boleh jatuh ke dasar paling bawah bilamana awak dah seronok menjulang langit mendabik dada tengok orang tersungkur. ALLAH tu tak zalim dan tak pernah sekali pun zalim. Dugaan yang datang tu sebagai ujian. Dan manusia yang bertopeng cuma perantaraan untuk uji kesabaran.

Hamba bukan apa. Dok perati sem ni banyak pula manusia yang pernah jatuhkan hamba sem lepas, susah hari demi hari. Dan perjalanan hamba jadi senang hari demi hari. Ni balasan ALLAH ke? Dan ada lain-2 yang baru nak merasa macam apa yang hamba rasa dulu. Rasa dipulau, dibodoh, ditendang. Dulu, hamba menangis bagai nak gila, lari balik Johor tengah malam buta tanpa orang tahu sbb sedih kenang nasib sendiri, dan sekarang hidup jadi lebih baik. ALLAH nak ajar sesuatu, supaya jangan dipercaya manusia bermuka manis tapi penuh duri dalam hati. Tikam belakang sikit demi sikit sambil cari geng untuk komplot sama.

KITA NI MANUSIA.
TAK ADA HAK NAK HUKUM ORANG ATAS MULUT ORANG LAIN.
KALAU KITA PERCAYA TANPA SELIDIK, KITA DAN SI MULUT BANGKAI TAK ADA BEZA.

KALAU CERDIK, SELIDIK.
BUKAN DENGAR DAN TERUS MENGHUKUM.

KAU DAH KENAL NANTI, BARU PILIH.
UNTUK KEKAL ATAU PERGI.

HATI KALAU HITAM, CERITA BURUK ORANG SEMUA PUN NAK PERCAYA.
OH LUPA, KAU KAN AHLI SYURGA, KAMI NI AHLI NERAKA.

MANUSIA ~

TAK TAHU SIBUK NAK CAMPUR. HEHH.!

eh ter BESAR pulak. Dan sekarang kalau kau judge aku tanpa bertanya tak tahu mende, sah hati ada masalah . Maka nya sebelum sibuk urus hal orang lain, urus diri sendiri. 

19 June 2015

08 - Result kolej

Assalamualaikum. 
Studen KPTM semua dah puas hati ke dengan result memasing ? Yang DEKAN tu TAHNIAH lah. Yang tak dekan, yang pointer jatuh, Yang betul-2 nyawa ikan pun tahniah juga. Kalau dapat result ni kena ingat satu benda je KEPUTUSAN YANG DAPAT TU SETANDING DENGAN USAHA SENDIRI. Kalau belajar pun ala kadar, tapi mengharapkan pointer y tip top, susah lah. Pucuk pangkal kena bersyukur. Kau kena ingat rezeki tu Allah yang kasi. Kalau kau study bagai nak gila, tapi result maintain xnaik-2, cek balik hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Mungkin berkat tu hilang. MUNGKIN. Tepuk dada tanya iman. 

Kau kena ingat lagi. Kepandaian tak diukur 100% pun dari POINTER tapi pointer tu lah yang sebenarnya menunjukkan gigih mana kau belajar. Kalau kau usaha lebih dari orang, maka kau pun akan dapat lebih dari orang. Tapi kalau banyak sangat main, jangan nak berangan lah pointer tu akan cantik. Tapi hamba pernah je jumpa manusia y dia xstudy, perangai gila-2, orangnya jenis sempoi mulut lepas apa semua tapi bila result, dia paling gempak. Perempuan. Ni semua rezeki lah. Kalau Allah kata takkan maksudnya tak lah. Kalau Dia izinkan, maka engkorang akan dapat lah apa yang engkorang usaha dan doa. Kalau masih usaha siang malam tak tidur semua tapi masih pointer tak macam apa y diharapkan, CEK BALIK HUBUNGAN DENGAN TUHAN DAN dengan MANUSIA. Lagipun rezeki Allah tu datang dalam macam-2 bentuk

Hamba biasa ah. Pointer jatuh ke, naik ke. Lek je. Buat apa nak sedih, maintan senyum. Cukup hati je tahu. Tak payah zahirkan kalau sedih. Untuk apa? Dia macam kau g melawat orang meninggal. Menangis bagai nak rak patah sekalipun, takkan ubah keputusan tu pun. So why not kau bersyukur je. Ni tak, rendah satu pointer dengan orang lain pun nak bising-2. Dah itu je mampu. Tu belum yang jenis beria nak tahu result orang tapi diri sendiri diam. Spesis ni TOBAT aku benci. Kalau kau taknak orang tau result kau, takyah lah tanya orang settan.! Pebenda lah. Bukan bogel togel pun kalau orang tahu pointer tu. Let say orang dok perendah-2 result kau sbb result dia hebat, diam and blah je lah. Orang pandai bila jumpa orang tak pandai memang lah berlagak. Yang gatal g bagitahu tu kenapa. Sebenarnya kalau taknak sakit hati, kau kena tengok orang juga la nak gtau pun. Kalau yang hidung tinggi ni, takpayah. Buat kau lagi down je nanti. 

Hamba ? HAHAHA. Selagi pointer tak bawah dari 2.50 , hamba takkan nangis dan dah bersyukur sangat, sebabnya tak berbaloi duit ma abah habis tapi kalau segitu je result. Baik berhenti je. Ye dok? . Tapi akan sedih. Kecewa tak. Terkilan ye. Kita ni hidup kena BERSYUKUR dan POSITIF. Tak pada orang lain sekurangnya pada DIRI SENDIRI. Tapi jangan lah jadi bangang kan. Usaha lah lagi. Ish. Dari sekolah rendah cikgu-2 selalu kata "Nadia ni bukan tak pandai, tapi malas. Sikit je lagi ni. Boleh lagi ni" Sampai masuk senarai budak dapat straight A kot, tapi hampa. HAHAHAHA. Yes malas. And sampai zaman kolej pun. Boleh buat lebih baik tapi hamba ni terlebih positif, gini lah. Asalkan tak menjunam jatuh pun dah happy. Spesis pelik an. Lagi pun tahu usaha parat mana. Buat apa nak sedih. Tak guna~. Biasanya y buat spoil, math je lah. Haihhh. Geram ni geram. 

Lagi satu tak ada saingan lah nak pandai ni. Tapi member kat  sini kalau tanya result, memasing dekan kat ipt memasing ;"""D Sedih. Nampak gaya kena ingat member kat Saleng ni lah baru boleh cuba untuk dekan. Kat kolej tu yang rapat-2, biasa-2 je. Memang dari zaman sekolah menengah, kalau nak bersaing, akan bersaing dengan mem class Teknikal walaupun subjek lain-2. HAHA. Peduli apa an. 

kbye. 

INGAT, HIDUP NI KENA POSITIF DAN BERSYUKUR !

16 June 2015

07 - Abah








Assalamualaikum..
Tadi tengah bincang-2 dengan ma abah pasal sesuatu yang 80% ada dalam gambar-2 kat atas tu. Pahtu bila ma abah dah masuk bilik tidur, terus nangis. Gambar kat atas ni dapat dari Syra dalam whatspp group lepas dah agak bertenang. Kemain gigih nak tahan air mata dari turun. Hamba susah nak nangis. Susah sangat kecuali sakit atau ada orang buat. Tapi kalau dah nangis, mau payah plk nak berhenti :"D  

Seminggu lebih lagi nak naik sem. Rasa tak nak naik je. Huwaaaaaaaaa. Mujur belajar Pahang je. Bukan utara atau Sabah Sarawak. Hamba ni takleh tengok abah. Jenis muka kesian. Tutur kata dia alahai lembut je. Tapi kuasa mata dia hebat. Mata redup tu boleh jadi setajam singa bila dia marah. Tapi abah susah nak marah. Susah sangat-2. Sangat dan sangat lah. Kalau abah bercakap I need to 

"Hahh apa bah? Ulang. Tak dengar aa."
"Aduuu abah ni, ce kuatkan sikit suara tu, Apa?" 

Terlalu umum nak kongsi. Okey last. Cuma nak kata hujan dah.. Pukul 2:25 pagi. Harap pagi nanti tak hujan sbb esok pagi-2 lagi abah dah kena bangun g kerja. 5 pagi. Sejuk-2. Bawak motor dari Kulai ke Singapore. Kat kastam kena tunda motor. 2 jam pergi 2 jam balik. Duhhhh. Along cuba semaksima mungkin belajar sampai boleh buat abah bangga. (Cara belajar yang jujur ikhlas, yang tak menipu, tak meniru, tak tikam sesiapa, tak sabotaj sesiapa sebab hasil yang nak bagi dekat ma abah nanti biarlah murni suci bukan sebaliknya, belajar pandai-2 dapat dekan tapi tak jujur, berkat ilmu pun tak ada. Berkat rezeki yang akan datang pun tak ada, semuanya sebab masa zaman belajar dulu tak jujur. Tak apa bodoh, tapi jangan menipu dengan meniru) .

Dapat sambung belajar pun sebab ma. Sebab ma pujuk. Sebab abah tak yakin along belajar kat KPTM, tapi ma yakinkan. KPTM under MARA. Along akan buktikan yang pujukan ma tu bukan sia-2. Penat lelah tunggang motor, OT hari ahad sampai tak ada cuti, balik lewat, penat lelah balik rumah muka letih and bla bla bla tu semua berbaloi. Bye-2



Selamat berpuasa. 




12 June 2015

06

Assalamualaikum.
Bahawasanya kali ni punya pasal birthday hamba. Nurul Nadia Binti Ismail yang dilahirkan waktu maghrib pada 9 Jun 1996 yang lepas. 19 tahun yang lepas. Satu tarikh yang cantik yang tak ramai yang boleh dapat. Bersyukur sangat.

"Nad birthday kau bila?" 
"Kau ingat tahun kau lahir dan kau akan ingat birthday aku"
"Bila tu?"
"9696. Sembilan hari bulan enam tahun sembilan puluh enam"
"Pehhh. Senangnya"

Senang kan? Haah memang senang. Dan hamba jenis manusia susah nak mengingat birthday member, haa itu yang payah. Maka nya jangan lah sedih kalau hamba tak jadi yang pertama wish birthday uol sebab hamba memang liat nak hafal birthday orang ni kecuali keluarga dan buahati. Kawan sepermainan masa kecik si Ecah Kimin hari tu pun boleh g WeChat dia tanya "Cha, birthday kau bila?" "Hari ni lah, 30 May" HAHAHAHA actly dah agak tapi tak yakin. Maaf.

Birthday tahun ni agak hambar tapi its okey. Ada la segelintir yang wish, yang dah lama tak muncul pun tetiba muncul and yang biasa muncul pun tetiba tak muncul-2. Biasa~ Rasanya kali ni punya pendek je. Tak ada apa sangat nak disampaikan. Cuma nak ucapkan terima kasih pada yang dah wish personal, groupchat, moment wechat, Instagram, Twitter and msg. Lastly, Facebook , ye Facebook. Boleh hamba lupa yang hamba ni ada facebook. Hari ni 12hb Jun baru la reply semua. Cuma balas komen yang kenal, yang tak kenal wish, just 'like' je.

Lastly thankyou sangat. Hamba hargai *winkwink*

Blog ni pun dah ada lagu (bila buka blog pakai pc sahaja, bukan di phone) so lepas ni tak payah pelik lagi kalau tetiba viewer blog naik tapi tuannya tak tahu siapa. Nama pun lagi stalker, takkan nak tunjuk muka. Terima kasih untuk semuanya. Salah silap harap ditegur. Bukan didiamkan. Hamba jenis orang yang terima teguran dengan hati terbuka asalkan bukan dengan cara kurang ajar. Hamba tak terima pujian sebab pujian cuma menambahkan kebongkakkan dan riak dalam diri. Puji belakang tak apa. Kutuk biar depan dan tulus ikhlas. HAHA

Bye-2. Jaga diri semua..

07 June 2015

05

Assalamualaikum..
Mukadimah pertama, tengah-2 baring dengan mood tak berapa nak ada, ma masuk bilik duduk birai katil. "Kenapa makin kurus ni? Tak makan lagi ke? Bila nak g makan long. Makan la nasi. Mana la selalu tak sakit " Makan.. Memang dari kecik muka hamba muka yang paling susah nak makan. Sampai ke tahap dah masuk kolej pun. K stop.

Belajar psikologi manusia ni seronok tau. Jiwa hamba ni jiwa yang suka dengar masalah orang. Yang suka bila orang datang and berkongsi cerita dia. Sebab apa tau? Sebab hamba tak suka tengok orang sedih-2 ni. Bagi hamba, kalau hamba pun tengah free masa tu, why not u just datang and cerita masalah u. Segala pengalaman and ilmu yang ada, hamba akan nasihat and kongsi. Tapi hamba paling PANTANG jenis manusia yang kau datang cerita masalah minta pendapat pahtu kau doh pangkah aku je kerja. Haa ni aku pantang. Aku dah bagi pinjam telinga, amboii sedap plk nak pangkah aku. Tak atau kurang setuju cukup simpan sorang. Nasihat aku tak suruh kau terima 1001% pun. Whhattaaaaaaaaaa ~

Pahtu hamba dok puas pk masa dok baring-2 main phone tadi melayan Twitter, wujudnya ahli kaunselor untuk kaunseling orang lain. Dah tu kalau dia in problem, pada siapa dia nak mengadu? Pada siapa dia nak minta pendapat. Sedangkan seorang doktor yang doktor tu pun sakit, sedangkan cikgu yang pandai tu pun silap. I tak kata U jadi doktor cikgu etc U kena tahu 1001% about your profession but nampak kan manusia, hebat mana pun dia tetap xleh nak dukung diri sendiri. Allah. Ye mengadu dengan Allah. Tapi pendapat peribadi, pengalaman peribadi, Walaupun hamba bercerita pada Allah, menangis, hamba tetap perlukan manusia. Sebab kita nak bila kita cakap, orang akan respond. Ye. Tapi MAAF kalau tak sama macam uol. MAAF sangat. Jiwa dan mental orang yang dengar masalah orang lain ni kena kuat Kalau dia pun sama lemah, macam mana dia nak tolong orang.

Hamba pernah cakap dengan Nyna masa dia merungut pasal apa hamba tak ingat tapi masa tu kitaorang baru habis class. Semester 2 hari tu. "Kita kalau buat baik, jangan harap orang buat baik jgk. Bila kita harap dibalas baik juga, tu yang rasa sakit hati bila orang buat tahi." Masa tu hamba naif lagi, "baik" lagi, nerd lagi.  Pahtu sampai satu masa hamba kena hentam teruk, baru hamba faham apa yang Nyna rasa. And istilah tu xleh digunapakai pun. Mungkin sikit tapi bukan sepenuhnya. Sekali dua, kau buat baik, orang kasi tahi, boleh la sabar lagi. Kalau dah kau bagi muka banyak kali, banyak kali juga kena pijak, orang sabar pun boleh meletup. Ni bukan soal ego tapi banyak mana kau renung balik dalam hidup engkorang, engkorang balas macam apa yang orang lain bagi. Majoriti cuma amek kesempatan. "Oh dia baik, xp dia tak marah" "Oh dia ni boleh bagi pinjam motor, pakai belakang dia, bukan dia tahu kalau aku langgar lubang" See, kau amek kesempatan atas kebaikan orang lain. Orang macam ni kalau dapat kat hamba, mmg hamba bagi peuang sekali je. Lepas tu jangan harap nak pijak hamba lagi. Mungkin hamba lambat menilai, tapi bila dah menilai, hamba tak bagi muka dah.

Actly tadi memang banyak lagi nak bebel mengarut merepek kerepek tapi sebab ada orang ganggu masa menaip tadi, terus terbang segala ayat. Ah spoil.! Benci.!! Cukup dah kot. Dulu hamba ni boleh la baik jgk (HAHAHA) nerd, mudah kesiankan orang. Tapi sejak Allah temukan hamba dengan beberapa orang yang menguji tahap keimanan, kesabaran keperempuanan dalam SETIAP semester, baru hamba tahu apa tu KEHIDUPAN. Orang naif lagi banyak kena uji sebagai persediaan akan datang. Apa yang hamba nak, hamba mudah dapat. Tapi perjalanan hidup hamba memang susah :)) Allah bagi adil. Ada senang ada susah. Syukur dan Redha

TERIMA KASIH SEBAB DAH BUANG MASA DATANG BACA. BOSAN KAN? TAHU DAH 

Actly tadi mood rosak habis dari siang tadi tapi sejak merepek kat sini, statistik mood mula baik. K bye

05 June 2015

04

Assalamualaikum..
Sebelum pape, haa baik mengaku sekarang siapa y rajin benor berjalan dalam blog ni. Nampak macam tak ada mana yang baca blog ni. Tapi viewer blog naik sokmo. Siapa yang jadi silent reader ni? Ce tunjuk mata sikit.. Ai, nak jadi penambah stalker Nadia ke apa *senyum sinis* .

Okey. Meh sambung ke topik yang tetiba je muncul dalam kepalotak ni. Mukadimah pepanjang pun bosan.

Hamba baru berkesempatan nak jumpa kawan-2 kat Saleng ni sebab ada yang dah nak naik sem, so apa salahnya luangkan masa. So kat sini tetiba terfikir banyak benda. Paling banyak bercerita, Anis. Beza tau life kat sini dengan kawan kolej. Sebab, okey firstly Sorry if i dah kecikkan hati mana-mana pihak. This is toooooooooo random.! Kalau u tak macam tu, no need to terasa kot. Orite? Kalau jiwa tak sado tak usah la baca.

Okey tadi I dah taip tapi I delete. Okey I taknak cakap mende negatif dalam blog ni. Apa yang hamba perasan, kekawan dekat Saleng ni (yang terdekat) , makin lama nak jauh dari laman sosial. Anis contohnya, ada Facebook, Blog, Twittter, Instagram, Myspace & Wechat. Last-2 yang tinggal cuma Whatsaap SAHAJA.! Tu pun kalau orang bkk whatsapp dia, kau boleh imagine dengan gambar tak ada, bluetick tak ada, last seen tak ada. Pehhh memula aku dok ingat minah ni tak main whatsapp dh lah. Insta dia ni daripada ada gambar, jadi tak ada. Pahtu penuh quote, pahtu dia tukar nama dari "AniezAniza" jadi nama apa tah, Pahtu tak pakai terus. Gilaaaa cane kau hidup siak.?!!!

Mende alah ni logik. Kalau habis semua gamba diupload, habis semua orang tengok, so apa yang tinggal untuk bakal suami atau diri sendiri? **Pesan untuk diri sendiri


Anis cakap cane aku tak ingat aa tapi abang angkat dia post kat moment and dia terbaca yang "Perempuan yang baik takkan zahirkan diri dia dalam laman sosial (upload gambar)" Dia sentap pahtu dia berubah slow-2. Anis ni dulu free hair. Tak seksi tapi just free hair ONLY. Now dia yang lagi banyak berubah dari yang lain. See. Manusia kalau nak berubah, berubah lebih elok dari yang dah elok. Tak lah bertudung labuh tapi sedap la mata memandang **Anis mohon baca. Aku mengata kau ni**

Pahtu kan, jenis bebudak kat Saleng ni (yang rapat) , kalau couple, tak BERIA nak upload gamba pasangan dalam laman sosial baik kawan lelaki hamba atau perempuan. Membohong tak ada. Ada tapi tak beria. Paham tak?? Sekarang ni hamba dah terikut dengan diorang. Lain pulak life kat kolej, kerja nak upload gamba dengan pasangan je (tak terkecuali diri sendiri) . Tapi sekarag dah kurang. Lagipun Amirul pun bukan rajin nak upload gamba (See, nampak tak kontra perangai?)

Nazerah bertahun couple, tak beria nak zahirkan Lukman dia pun. Minah ni memang hidup dia dengan Whatsapp & Twitter. Blog dia private, Wechat tak pakai dah rasanya, Insta Facebook dia xpernah ada. Fatin pun lebih kurang dia jgk perangai tapi lagi pendiam. Kau bercerita dekat Fatin, angguk tak, geleng pun tak. HAHAHAHAHAHA. Agak-2 elok ke tak?? Si Aai(Shahzira) biasa je. Budak pandai ni lain sikit.  Tak ada nak kepoh-2 macam bdk bawah. Tapi masih becok, jangan risau ~

Bosan sebenarnya. Tak ada motif. So cuma nak kata nak berubah slow-2 memandangkan lagi berapa hari nak 19 tahun ni, sebab tu kalau nak jadi baik, kalangkan diri dalam kalangan orang-2 yang lebih baik dari kita. Nadia ni ada pakwe ke tak ada ke tetap melekat dengan phone. Orang pun tak pelik dah bila melpak ramai-2 tapi still I main phone. Dah terbiasa. Maap.! Hamba ni agak keyboard warrior in sosial media jgk laa. Tapi, tak curang. Amirul, Jangan risau.! AHAHA aippp. K bye..

01 June 2015

03




Assalamualaikum..
Yeayy baru je update blog. Now muncul lagi. Ada je idea nak membebel. Berterima kasihlah kat Twitter. Twitter yang tolong ketuk otak ni bagi keluarkan sikit pendapat peribadi and so what ever ever lah. Okey, last update about nak mulakan relationship or myb how to ikhlaskan diri untuk bercintun. Now macam mana u or maybe me to handle diri kalau putus tengah hutan bertemankan dedaunan hijau dan kicauan burung y berterbangan tapi tak kelihatan. Ecewahhhh. **bapok mengarut aku ni**

Ada orang, relationship tak sampai 6bulan, dah sangkut terbrek langgar monkey. Ada yang dah bertahun, tapi still eksiden putus tengah jalan raya besar. See. Ni sama ada sebelah pihak atau dua-dua yang taknak go on. First, kau dah tahu kau kecewa, jangan lah terperap. Jangan lah berlagak sado nak simpan sorang. Wei, kau manusia, manusia biasa, macam hamba jgk. So cari la tempat untuk kongsi. Tapi jangan salah orang. Kalau kau rasa tak percaya orang luar, tu haaaa, family ada. 

Orang yang ada masalah ni, kadang dia bukan nak dengar pendapat pun tapi dia cuma nak bahu dan telinga. Dah cukup sangat dah. Kalau kau asingkan diri dari orang, peratus untuk kau buat benda yang macam orang tak beriman sangat tinggi. Jangan la murung terlalu lama. K take ur time, but jangan melampau. Tak ada untungnya tunggu orang yang taknak. Jangan jadi orang DESPERATE. Terutama PEREMPUAN. Jangan buat diri tu macam tak laku sangat dah. Kemon, kau hilang orang yang kau sayang, akan datang nanti orang yang sayang kau pulak. 

Doksah lah sekat hati dari sayang orang lain, bekukan yang lama dalam hati, siapa yang hulur, cuba berkawan. Berkawan k. Hamba tak kata pun bercinta. Nak bercinta tu urusan engkorang lah. Tapi takyah nak bajet setia pada org yang dah buang. Okey maaf terkasar. Tapi ni hakikat hidup. Bila kau tunggu yang lama, dia akan rasa macam "wahhhhhhhhhh dia tunggu aku, aku taknak pun dia padahal, biarlah." See. U malukan diri u sendiri dalam tak sedar. 

Sibukkanlah diri. Dengar bacaan Al-Quran atau zikir bila tengah sendiri, bukannya dok pasang lagu jiwang meruntun jiwa pakai headphone pahtu dok melalak sensorang, yang lagi merosakkan gegendang bila p bukak volume sampai 100%. Ni bukan drama yang kena ada lagu latar bila kau sedih lah :"D Soal barang-2 plk? Kalau yakin nak lupakan dia, banyakkan doa pada Allah, dan buang barang tanpa rasa belas ehsan. Kalau hamba, bakar aje. Kata nak lupakan, so biar tuan sekali dengan kenangan terbakar jadi abu. Nampak kejam? Dahtu ex g tinggal kau xkejam?? Haa pk la semula. 

Proses nak terima kenyataan mmg makan masa. Makan hari, minggu, bulan ada y sampai tahun. Tapi sabar. nak nangis, nangis. Tapi dalam masa sama, usaha nak move on kena ada. Teruskan hidup macam biasa sebelum muncul dia. Jangan paksa hati untuk lupa, biar lupa sendiri. Lagi paksa buang, lagi tu dia melekat. Tu pesan Amirul masa hamba memula dengan dia dulu. Ingat Amirul tu hamba terima dulu dah sayang bagai nak patah rak ke? Tak ada nya. Hati hamba masa tu masih kat ex y dah putus nak dekat setahun sebelum tu lagi, tapi sayang punya pasal, time terasa teringat ex, mengadu kat dia, and dia bagi nasihat. Bagi nasihat k, bukan marah :"D ai respect Amirul bab tu. Sabar betul dia layan hamba punya perangai macam hape ni.

Okey cukup setakat ni syarahan yang tak berapa berguna ni. Bye!



30 May 2015

02




Assalamualaikum..
Masa hamba ni kerja kat Pizza Hut tahun lepas tak silap. Hamba ada satu kenalan ni. Perempuan. Senior. Muda lagi lah. Dia cerita pasal cerita cinta dia. Macam mana, dah tak ingat. Haha. Tapi hamba pernah tanya. "Jenis lelaki macam mana yang Kak XYZ suka?" Jawapan dia cuma satu je, "Matang" . So hamba terdiam. Macam bermaksud lagi dalam je. Then hamba tanya dia lagi, ce explain lagi sebab takkan lah matang je. Dia jawab "Lelaki ni bila dia matang, dia ada semuanya. Dia bertanggungjawab, setia, hormat orang lain and so on." Okey now hamba dah faham. Bila seorang lelaki tu matang, seorang lelaki tu dah ada semuanya atau hampir ada semuanya. K now hamba dah ingat macam mana cerita dia. 

Nak cerita ke tak ek. Nak taknak. Nak taknak. Em okey la cerita sikit sebab bagi hamba dia bagus. Tapi hamba ringkaskan seringkas yang boleh. 

Hamba tak ingatlah berapa lama atau zaman sekolah dia atau zaman belajar dia. Tapi dia biarkan pasangan dia in relationship dengan perempuan lain. Dalam erti kata bermadu. Contohnya y dia pernah cerita, pasangan dia kata "awak, saya nak call madu awak ni, nanti oncall lagi ea?" *dalam nada bergurau* and her respond just "Okey" . Hamba terkejut lah. Gila kau, tak pernah aku jumpa perempuan biar lelaki dia minta izin nak call madu. Kalau yang meroyan pasangan dia cari lain tu bersepah lah. Tapi tu lah first time jumpa zaman bercinta je pun dah bagi muka pasang lain. Tabik ah. Tapi xtau lah mcm mana hubungan diorang lepas tu. Haa hamba pernah tanya, "tak marah ke?" Dia jawab "Kalau dia matang, dia tak ada lah pasang lain kan :) " HAHAHAHAHA. K. ! 

Kalau engkorang buka twitter acc kat atas tu punya respond so berpuluh-2 lah jenis orang macam mana yang diorg nak. Ada yang nak dari fizikal, ada yang nak dari mental. Bagi hamba as manusia biasa. Tak ada sebab pun untuk nak suka seseorang. K what if u kata nak yang baik sopan lemah lembut caring and so on, sampai satu masa semua benda tu x ada, so putus tengah highway lah ? Then, nak yang cantik putih lawa handsome tinggi kurus, tup tup bila Allah tarik segala nikmat tu, putus tengah jejantas lah? Kemon, tak perlu pun sebab atau alasan untuk suka seseorang. Tu soal hati. Kalau ditakdirkan muka cantik handsome tu kena simbah asid, tinggal lah ? 

Okey lah. Hamba penat membebel. Orang perempuan, orang lelaki ni memang dia suka tengok benda cantik, tapi dia suka masa tu je. Lepas tu dia tak ingat dah. Terbalik dengan perempuan. Kalau dia tengok benda handsome, belum tentu seminggu dia akan lupa :p Engko ingat aku tak perati ke mata Mega? Tapi dah biar je lah dia. Memang Allah cipta kita suka tengok benda cantik. Tak salah nak tengok, yang salah tu bila tak sedar diri. Diri dah empunya pun masih nak test power. Lagipun, tak baik tau cemburu buta. Bye.!

28 May 2015

01

Assalamualaikum.

Boleh tak nak tawar hati dengan ramai orang. Dengan majoriti orang. Idk. Tapi rasa sangat. Kalau bercakap, akan jawab lebih kurang. Nak taknak. Terasa semua benda salah. Terasa semua benda kena kawal. Terasa semua benda sekarang, hamba nak guna kuasa mata, kuasa isyarat tubuh je. Penat lah cakap berbuih-2 ni. Makin hari makin rasa nak jauh dari ramai orang. Hidup yang makin tough. Dia lebih kurang macam kau berlagak sombong then siapa nak terasa ke apa tak ada istilah pujuk ke so what ever. Nak merajuk, go on. nak terasa, go on. Nak stay, stay. Taknak stay, its okey. 

Oh lifeless sangat. Bila balik Saleng, terasa jadi becok kecoh kepoh. Tapi bila sampai satu tahap mood tak nak buat pape, terus jadi pendiam. Kerek. Senang cerita kalau orang tengok muka ni orang tu akan rasa macam nak kaki je. Sebab pandang lebih kurang, nak bercakap lagi lah malas. Jadinya kalau nampak hamba ni diam tak berbunyi, lebih baik diam dan jauhkan diri. 

Mungkin akan hilang orang sekeliling sebab perubahan diri sendiri tapi tak ke orang sekeliling yang jadi diri sendiri macam ni. Orang kata jangan berubah nanti kita kalah, tapi memang da tersungkur jadi untuk apa nak berlagak okey. Zahir ofcoz la okey, tapi batin ni. Eeee kalau lah dapat nak tumbuk menjerit menangis memang nak sorang untuk serahkan badan untuk jadi pelepas perasaan. Lagi lama simpan dalam diri lagi rasa nak gila. Agaknya kalau boleh putus wayer saraf otak ni, lama dah putus. Nak hamba ni hormat orang, biarkan hamba ni diam tak bercakap. Bercakap bila perlu. Kuasa mulut ni kalau dah terlepas, kesan kat hati sampai mati belum tentu akan lupus dari fikiran.

Malas dah la nak bukak cerita nak kongsi pape. Tak ada respon. Kalau ada pun respon menyakitkan hati. Serupa lah takpayah cerita. Sebab sakit dia lgi berganda bila harap bercerita boleh hilang beban tapi lagi menyirap. Dan lagi rasa hidup ni tak adil bila apa yang dicerita cuma pandang sebelah mata. Dah tu baik lah simpan sorang. Balik Johor tak ada beza duduk Kuantan. Sebab satu hal, berubah banyak benda. Janganlah bercakap banyak masa serabut. *Istighfar