TOTAL PAGEVIEWS

30 March 2017

59 | Prove Them Wrong

Ketinggian 156 cm dengan berat badan yang mampu capai 43 - 45 kg pada umur 21 tahun dan agak kurus pada mata mata manusia. Tapi ada satu sifat ego yang lebih gemuk dari badannya dan lebih tinggi dari ketinggiannya, lebih lantang suaranya dan luar biasa keras kepalanya.


Mungkin resam alam ni, apa keperibadian diri yang kita ada, kita akan jumpa dengan orang yang bertentangan dengan sifat kita. Mungkin sebab tu wujudnya istilah "lengkapkan setiap kekurangan sendiri dengan kelebihan orang lain". Sebab tu juga tak ada manusia sempurna. Tanpa sempurna serba serbi pun manusia angkuh, bayangkan kalau dunia penuh dengan manusia sempurna? Allah. 

Kenapa Nadia mula tadi dengan ketinggian dan berat badan? Ada sebab. 

Sebab 'seronok' bila ada segelintir manusia yang sangat ambil berat dengan fizikal Nadia. 

Kurusnya. 

Keringnya. 

Tulangnya. 

Cengkungnya.

Tak lawanya. 

Kenapa ea melayu tu sifatnya suka mencela fizikal melayu lain? Berani nya sesama melayu. Kenapa tak di cela rakan bangsa lain? Cela. Tapi bukan di depan muka. Takut katanya. Makna kata Nadia ni melayu pengecut lah sebab melayu sendiri mencela melayu. Kan ? 

Tak cukup dengan cela, PHD. Antara makanan paling lazat orang melayu ialah dengki. 

Kahwin awal. Dengki. 

Bijak. Dengki. 

Dapat anak. Dengki. 

Kaya. Dengki.

Cantik. Dengki. 

Kemahiran untuk menjatuhkan sesama sendiri cukup hebat. 

Tak semua. Segelintir. 🙏



Tak berjaya lepas usaha, usaha lagi. Terpukul dengan kata negatif orang, jauhkan diri. Make your circle be smaller and your dream bigger. Letak setiap kata buruk orang sebagai satu semangat yang lagi dia cemuh, lagi kita semangat. Do not impress others, but only you ! 

Orang nampak Nadia macam kuat. Macam pekak dan bodoh bila orang cakap macam macam tapi buat tak paham bahasa. Terima kasih. Sebab kata kata tu la semua jdi pembakar semangat dalam mereka tak sedar. Apa yang bergolak dekat dalam, Allah saja yang tahu. Sedih? Eh taklah. Gembira je. Yela kan awak je ada mulut untuk mengata orang 💕😊


Dan maaf. Nadia tak ada masa nak fikir pasal hidup orang lain. Sebab tu Nadia kata, siapa kita, dan kita akan berjumpa dengan orang orang yang sifatnya bertentangan dengan kita. Goodluck. 

"Saya suka hiking. Saya suka buat aktiviti lasak macam dekat Escape Theme Park Peneng or hiking."

Dia pandang sinis je. 

"Kenapa? Tak percaya? Sebab badan saya macam ni?"

Ya Allah. Apa perempuan yang zahirnya nampak lembut dan kecik tu tak layak ada minat macam tu ke?  😩

Berapa banyak berhenti masa mendaki, bukan satu masalah pun sebab sifat kita memang berbeza kudratnya. Asalkan cukup bersemangat dan tak putus asa untuk sampai puncak 👍





24 March 2017

58 | Konsep 'Law Of Attraction'

Assalamualaikum. 

Bila Nadia nakkan sesuatu atau lebih tepat ialah terlalu nakkan sesuatu, tiba tiba jadi orang yang 'positif'. Positif dengan usaha. 

Haritu dah terlintas tapi cuma tanya pendapat makcik dan Amirul. Tapi kalini perasaan tu makin kuat jadi terus direct jumpa ma bagitahu hal sebenar. Selain tu, Nadia minta pendapat salah satu dari HR person dalam office ni sebab nak tahu apa pula pendapat dia. 

Bila Nadia terlalu nakkan sesuatu, satu hal yang Nadia selalu pegang, 'rezeki tak pernah salah alamat' atau setelah kita kaji sebenarnya sebanyak mana usaha yang kita dah beri dalam satu satu hal, kalau Allah tak izinkan maka itu bukan rezeki yang tertulis pada kita. Sebab tu jangan banding apa yang kita ada dengan orang lain ada dan jangan persoal kenapa kita tak dapat apa yang orang lain dapat. Bahagian rezeki kita berbeza beza. 

Nadia sangat percaya pada takdir. 


Redha dan pasrah dalam takdir hidup sendiri. Nadia percaya setiap sesuatu yang Allah takdirkan jadi dalam hidup ni ada hikmah yang kita tak sedar kecuali bila sampai masanya nanti kita akan faham sendiri hatta makan masa bertahun tahun. 

Konsep pasrah tanpa menyerah Nadia mudah je. Nadia dah usaha sehabis baik, tapi keputusan selepas usaha tu tetap urusan Allah. Kalau betul ada rezeki Nadia, maka, ada lah. Kalau tak ada, mungkin ada lencongan hidup yang lebih baik Allah dah atur. 

Sebab Nadia tahu Allah tahu, Nadia sangat nak 'benda' tu. Tapi, Nadia juga tahu yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Nadia. Allah tak beri tak bererti Allah tak peduli tapi Allah mungkin dah sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang Nadia nak sekarang. 

Konklusi.
Sangka baik lah dengan diri sendiri dan Allah. Studi la pasal "Law Of Attraction" dan mungkin kalian akan sedar sebenarnya apa yang kalian fikir sangat mempengaruhi kehidupan seharian kalian. 

Setiap kebaikan yang orang lain nampak dalam diri Nadia cuma satu peluang dan ruang yang Allah beri selepas segala keaiban dah Allah tutup rapi. Bukan berlagak baik tapi fikir, sampai bila nak terus jahil. 





19 March 2017

56 | LallaNour Argan Oil

Assalamualaikum. 

Tahun 2017 ialah tahun yang Argan Oil tu dah sinonim dalam kalangan orang Malaysia ni. Lama dah ada sebenarnya argan oil ni cuma kita je tak pernah tahu dan peduli. 



Nadia mula pakai Argan Oil sejak 2015 masa belajar dekat KPTM cuma tak pasti semester 2 atau 3. Kalau bab skincare ni susah nak tertarik sebab orang yang akan membangkang sekerasnya untuk tepek macam macam dekat muka ni ialah ma. Hahaha. Sebab ma kata kulit dah okay kenapa nak dirosakkan dengan macam macam produk ? Em. 

Nadia selalunya memang akan usha lama dulu sebelum nak try sesuatu. Jadi apa yang buat Nadia tertarik dengan argan oil ialah sebab 100% Pure Argan Oil From Morocco.

Lalla Nour Argan Oil ialah argan oil pertama yang Nadia pakai sejak mula mula Nadia kenal tentang argan oil sampai la le ni. Walaupun macam macam brand argan oil dah keluar tapi tetap bertahan dengan yang ni (nampak tak setia 😝) . 

Nadia bagi sikit la testimoni percuma yang bukan diupah oleh sesiapa pun k. 

Masa memula jakun pakai dulu, Nadia akan pakai 3 kali sehari tapi rasa macam tak best sebab kenapa kulit macam berminyak. Ada 2 kesalahan Nadia dekat situ sebenarnya. 

First is Nadia pakai dalam kuantiti titis yang banyak. Sebenarnya 2 titis di jari dah memadai untuk calit di dahi, hidung, pipi kiri kanan dan dagu. 
Secondly, Nadia tak bagi kulit 'free' walaupun sebenarnya kalau pakai banyak kali pun tak effect apa pada kulit. Almaklum, jakun kan. Haha

So lama lama, Nadia cuma akan pakai sebelum apply moisturizer yang selalunya Nadia akan pakai sebelum keluar. Selain tu, Nadia akan pakai argan oil sebelum masuk tidur. Sebagai tambahan, disebabkan lepas skrub muka, kita akan rasa kulit muka kering, so Nadia akan pakai argan oil untuk lembabkan semula kulit.

Disebabkan Nadia dianugerahkan kulit muka yang masih 'baby face' (belum di fasa kulit bermasalah), jadi Nadia tak tahu mcm mana nak yakinkan orang tentang penggunaan argan oil yang sebenarnya berkesan ni. hahaha. Tapi masa dekat hostel dulu, ada dua orang kawan Nadia yang kulit muka diorang agak bermasalah pernah minta nak pakai, dan diorang kata best pakai. Nadia kasi je bila diorang minta sebab botol pertama yang 60ml pun makan masa hampir SETAHUN baru habis. See. Jimat gilos. Tapi sekarang Nadia keep repeating yang 30ml je sebab botol omeyyy. 



Satu botol untuk banyak fungsi. Argan Oil LallaNour bukan semata pakai di muka tapi rambut bibir kuku tumit kaki semua boleh. 

1) Bibir 
Sambil sambil Nadia calit dekat muka, Nadia akan calit sikit dekat bibir dan urut-urut muka bibir dengan argan oil tu. Kenapa? Entah. hahahahaha. 

2) Rambut
Okay ni best. Yang rambut kusut, rambut gugur tu. Letak lah argan oil ni dekat rambut hengkorang. Dan masa tu baru korang akan sedar betapa cantiknya rambut hengkorang sebenarnya. Hahaha. Rambut dah tak gugur. Rambut dah tak menggerbang. Confirm ! Sebenarnya bila kita nak minyakkan rambut, cukup minyakkan pada rambut. Bukan sekali dengan kulit kepala bedal letak minyak tu. 
*argan oil cepat surut sekarang sebab rajin letak dekat rambutlah. hihi*

3) Tumit Kaki
Nama pun lagi oil. Jadi Nadia suka la nak urut urut lepas letak oil tu. Sebab pelik bila tumit kaki Nadia jadi kasar macam masa berzapin dulu. So Nadia try letak pada tumit kaki dan nahhhhh lelama terus okay ! Macam biasa, letak sebelum tidur. 

4) Muka
Hampir 2 tahun Nadia pakai LallaNour Argan Oil, satu kali tu ma tegur kenapa bila Nadia bersiap untuk keluar, muka jadi bercahaya (glowing) . Nadia macam em entah. Manada pakai apa apa dah. So sebenarnya Argan Oil ni la yang dalam diam dah buat muka glowing tanpa nak make up berlebihan. 

Jerawat memang cepat je kecut bila pakai secara konsisten. Konsisten means bila dh tahu ada jerawat, pakai setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Tempat jerawat tu hengkorang letak la satu titis kecil tambahan. Haa ni yang selalu Nadia buat. Nadia akan letak satu titis argan oil tambahan dan urut lelebih sikit area jerawat tu secara lembut. Jangan terkejut bangun esok, jerawat kecut. ! 

Bila pakai sebelum masuk tidur dan bangun esok pagi try la p tilik cermin, nak mandi pun rasa malas sebab muka tak payah mandi pun tak apa. hahahaha. Naise. Tak tipu. Tapi sejak akhir-2 ni Nadia malas nak pakai sebelum masuk tidur. So bila bangun tidur kena cecepat mandi sebab dah macam lansuir. Kahkah. Joke ! 

Setiap testimoni dalam Instagram LallaNour ni tolonglah percaya sebab memang betul. Tak ada apa nak diragukan. Brand apa kita pakai itu terpulang tapi jangan promote brand fav sendiri sampai memperendahkan brand orang lain. Tak elok pada kita, mungkin elok pada orang lain. 

....

LallaNour Argan Oil ni 100% pure. Jadi jangan la mengharapkan keputusan yang cepat sebab konsep dia mudah je yang asli tu memang lambat kesannya asalkan selamat. Lagi satu, kita semua dianugerahkan jenis kulit yang berbeza beza. Jadi jangan la mengharapkan kulit yang cantik dalam masa singkat. 

.....

Selain dari LallaNour Argan Oil, ada satu lagi yang baru je Nadia pakai yang kesan dia pun memang 💓 dan adik Nadia ada tegur sejak pakai tu, kulit jadi makin glowing. Apa tu ? Nanti nanti lah Nadia share 😜 Satu satu nya produk yang whitehead tu, boleh cabut dengan hujung kuku atau penyepit uban je 😉  


Rasanya ni antara gambar tanpa filter atau pencahayaan matahari melampau dan ni la kulit yang cuma ada argan oil je. Kalau malam memang tak ada nak berbedak compact atau moisturizer. Argan oil dengan Johnson's baby powder cukup. 

....

Panjang sangat dah kalini. Nanti lain kali Nadia share pasal LallaNour Clay Mask dan apa perkara yang sepatutnya dipertimbangkan sebelum nak 'try and error' sesuatu produk tu. 

Nadia bukan totally pakar bab kecantikan ni lebih lebih lagi melibatkan produk yang beratus ringgit. Tapi kalau benda basic yang tak payah nak merumitkan diri sebagai seorang wanita plus bagi orang orang yang tak suka make up macam Nadia ni, boleh la Nadia share sikit-2. 

Yang baik tu datang dari Allah, kurangnya datang dari diri Nadia sendiri. NN

10 March 2017

55 | Kulsocs

Assalamualaikum.




Alhamdulillah sekarang dah jadi agen sah Kulsocs . Masa mula mula nak mulakan langkah untuk jadi agen Kulsocs ni memang fikir panjang yang tak berapa nak panjang juga la sebab, pertama, tak pernah pakai pun handsock dari brand ni. Kedua sebab its quite pricey untuk harga sepasang sarung tangan. 

But once dah dapat, tak sangka, Nadia sendiri pun jatuh hati dengan Kulsocs . First colour dia cantik-2. Second, sebab material kain lycra yang memang sejuk dan tahan. Sangat berbaloi untuk harga yang dah ditawarkan.

Tadaaaa. Yeayy 😊 Kulsocs (click pada gambar untuk besarkan)

Nadia dah grab beberapa warna tapi selalu kawal nafsu dari terus pakai untuk diri sendiri 😂 . Serius okay. 

Tapi bukan Kulsocs semata mata. Nadia ada juga jual handsock yang boleh pakai dengan lengan pendek, kain cotton. Ma sendiri pun puji material handsock Qurratua'ini yang boleh pakai dengan lengan pendek tu sebab tak panas. 


Sekali pandang macam cantum kan? Padahal yang hijau tu handsock. Orang yang tengok pun tak percaya 😂 

Apa apa boleh ws Nadia personal +60177548223 atau tahu update pasal aktiviti handsock ( https://www.instagram.com/nahidh.my/ )


Thankyou 💘

p/s untuk sebarang mengurat owner, tidak dilayan 😜😁


05 March 2017

54 | Jangan Cuba Ubah Lelaki


Satu hal tentang lelaki yang ramai perempuan terlepas pandang, bila perempuan memandai nak cuba untuk ubah lelaki jadi macam apa yang dia nak. Niat dah betul nak ubah lelaki tu jadi yang lebih baik. Tapi dia tak sedar sebenarnya dalam diam dia buat lelaki tu rimas. Yang perempuan, jangan cuba buat benda yag sia sia. 

Andai kata satu hari nanti kalian putus, first, anggap je dia bukan jodoh. Second, yang sebenarnya kalau kalian still nak stick pun, kalian mungkin tak serasi, tapi DEGIL. Erti kata lain 'Not his/her type' 

Orang lelaki, kalau dia nak berubah, dia akn berubah sendiri untuk kebaikan dia, perempuan tu dan hubungan dia. Tak perlu ada orang ajar dia macam macam. 

Bila lelaki ada dengan satu perempuan yang terlalu baik bagi dia dan dia tinggalkan kauorang, kauorang janganlah down dan sedih. 

Dulu zaman cinta kera monyet zaman sekolah menengah, Nadia pernah bercinta dengan satu lelaki ni dekat 8 bulan. Kami putus sebab setahu Nadia dia dah ada orang lain, perempuan tu yang menggatal dengan A ni. Rupanya kawan Nadia bagitahu, "Kau nak tahu kenapa A putus dengan kau? Sebab dia kata kau baik sangat. Tak boleh nak pegang-2." . 8 bulan Nadia dengan dia, bila terserempak dalam sekolah, kami tak pernah senyum, bertegur? Lagilah tak. Mesej semata mata. Tak pernah jumpa. Tak pernah oncall. 

Orang perempuan jangan try hard nak jadi yang terbaik. Jadi lah diri sendiri tapi kalau rasa perangai tu macam menjengkilkan, ubah diri sendiri dulu sebelum cuba nak ubah pasangan. Bila kita berubah, dalam diam pasangan kita sendiri akan terikut berubah. 

Last. Sebelum Nadia dengan Amirul, Nadia dengan satu lelaki yang tak tahu lah nak kata, kami tak serasi sebab Nadia bukan macam apa yang dia nak kot. Redha? Sangaaaaaat ambil masa nak terima hakikat yang kitaorg dah putus. Tapi kalau nak banding Nadia dengan ex dia, cukup Nadia kata sebenarnya Nadia yang tak boleh nak cuba selam dalam dunia dia. Nadia tak boleh nak dating berdua, nanti mak marah. Tak boleh naik motor dengan lelaki nanti kena bebel (paling pantang kalau kena bebel. tak suka 😠). Naik kereta berdua dengan lelaki pun tak boleh. Kalau tak nanti, balik rumah, mak taknak bercakap 😑 . Mungkin juga Nadia garang kebetulan kami sekelas masa tu. Jadi Nadia memang sinonim dengan 'suara lantang' . 

Even masa dengan Amirul pun, jumpa kali keberapa baru Nadia berani keluar berdua dengan dia. Tu pun kawan kata "Sampai bila asyik nak ajak kitaorg je bila dating? Mega pun mesti nak privasi kauorang berdua" 😂

So,,

Kalau putus tengah jalan, anggap jela mungkin kalian tak serasi. Hilang satu, yang lain bakal menyusul. Jangan stuck dengan satu manusia je. Untuk permulaan dan pertengahan, jangan cuba ubah pasangan tapi ubah diri sendiri. Membetulkan orang lain tanpa cuba membetulkan diri sendiri dulu, serupa suruh anak ketam jalan betul sedangkan mak dia pun senget. 


03 March 2017

53 | Berkereta semasa belajar

Assalamualaikum 

Apa yang bakal aku kongsi sekarang ni mungkin akan memperjudikan hubungan antara aku dengan dia. Tapi apa yang aku nak kongsi ni bagi aku cukup umum. Perkara yang mungkin orang tertanya tanya tapi tak berani nak tanya atau malas nak cara. 

Alhamdulillah tapi aku pakai Toyota je 🙎 (kereta hutang bank je pun. Kereta bapak je pun) . Kalau sebelum ni aku pakai mpv dari Kia (kereta hutang bank je pun. Kereta bapak je pun). 

So masa aku pakai Toyota ni, ada orang pernah tanya, "Kenapa kau berkira bila tak boleh muatkan 5 orang (tak termasuk aku) dalam kereta sedangkan Nadrah boleh je sumbat besar-2 lagi dalam kereta dan ramai padahal myvi je. Kalau nak kata kereta ni (toyota) lowered pun, tak sangat. Yela contoh tinggal sorang je lagi. Tapi tetap kau taknak" .

Aku rasa mesti orang-orang yang tengah membaca ni berfikir pasal isu ni dalam kepala sekarang 😃

. . . . 

Ada sebabnya.. 

. . . . . . . . . . 

Jujur, aku memang lebih suka bergerak sendiri. Aku lebih suka pakai apa aku ada walaupun ulang pakai, walaupun murah walaupun buruk pada mata orang walaupun apa apa jelah. Aku lebih suka guna harta aku.  

Soal kereta ? 

Aku pernah bawa mpv kia. Aku pernah berseronok. Yela seronok kan bila ada member yang ada kereta, *even if bukan aku yang ada kereta tu* . Sampai, aku pejam sebelah mata je apa apa yang jadi. Hasilnya, sabar tu jadi perasaan marah yang melampau-2 hasil dari pendam sebab pejam sebelah mata. 

Satu masa aku balik Johor, ma istighfar panjang tengok kereta. Itu tak kena. Ini tak kena. Itu belum campur masa aku jahanamkan pedal minyak abah sebab ikotkan sangat perasaan marah sampai loose tempat pijak pedal tu. Pedal minyak tu ma tak boleh rasa, cuma orang yang bawa kereta je boleh rasa. Sampai makcik drive kereta tu, dia kata "tak best dah bawa kereta ni, dah macam kereta secondhand"  😭😭😭😭.

Pedal minyak tu ABSOLUTELY YES my fault, aku ikut sangat marah sampai habis aku lenjan mpv Kia tu atas jalan batu. Aku balik Johor, abah pakai. Muka abah berubah. Serba salahnya aku masa tu Allah je yang tahu. Tu pun nasib baik tak patah 'signal' aku kerjakan. 

So, once aku dapat Toyota baru, satu hal yang aku pegang dalam diri, "Nad, jangan buat hal yang sama masa guna mpv Kia dekat Toyota ni. Ingat. Ni kereta baru" . Sebab tu aku suka bergerak solo. Sebab aku taknak terasa hati dengan orang jauh sekali marah orang. 

Aku tak kesah bila orang cop aku kedekut atau berkira atau mungkin cerewet. Orang tak pernah dan tak pernah hingin nak tahu berapa susah aku nak dapat apa yang aku ada sekarang. Sesuatu yang aku tak pernah minta tapi parents yang kasi. Sesuatu yang aku patut hargai benda yang bukan beli dengan daun kayu tepi jalan. 

. . . 

Aku tak pernah explain benda ni kan? 😊 Sebab pengalaman ajar aku, 'menjelaskan sesuatu cuma akan mengeruhkan keadaan'. Jadi aku biar je apa tanggapan kau dan mungkin beberapa orang sekeliling pada aku sebab Allah tahu apa sebab bagi setiap tindakan aku selama ni. 

Satu lagi hal aku belajar dari pengalaman. Kita tak akan faham apa yang dirasa orang yang kita fikir salah selagi kita tak ada kat tempat dia. Aku cuma mampu doakan, "Allah, berikan mereka harta dan kekayaan, maka dengan itu, beri lah mereka rasa apa yang sedang dan pernah aku rasa selama ini dengan harapan mereka akan faham" 

Bila orang tak faham setiap tindakan aku, jujur, itu je aku mampu doa. Satu masa nanti, kau akan rasa apa aku rasa dan suka aku ulang, andai kata hal tu betul berlaku, manusia pertama yang akan muncul dalam kepala kau ialah, AKU. 

Pengalaman memang guru paling berharga. Tapi tidak menilai kesilapan dari pengalaman, sia sia. 


** Maaf bagi orang yang pernah tanya soalan ni. 
*** Maaf bagi orang yang tak faham flow dalam ni. 
**** Cukup aku cerita luaran je. Setelitinya cerita ni, pelaku dan Allah je tahu.