TOTAL PAGEVIEWS

11 January 2017

47 | Tanda Ingatan Semester Akhir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Januari 2017 Nadia berada dalam keadaan yang sangat baik, baik dari semua sudut. Penghargaan yang diterima terasa besar sangat dari beberapa orang. 

Setiap perkenalan bukan dinilai dari apa yang kita dapat tapi dari apa yang kita beri sebab tangan yang memberi tu jauh lebih baik dari tangan yang menerima. Semalam masa keluar makan dengan Amirul, sorang kawan Nadia datang bagi something. Hari ni bila dah sampai Johor, nak kemas barang-2 dari dalam beg, nampak ada satu bungkusan. 

Niat yang dari awal nak kemas barang cepat-2 lepas tu mandi terus terbantut lepas nampak 'mainan'. Hahahah. 😝

Ok. Inilah mainannya. 

Lama juga la belek benda ni sebelum decide untuk buka sebab tertanya tanya sejak bila mende alah ni wujud dalam bag.


Tadaaaa. Lepas dapat terus buka muka surat pertama. Ada tarikh dan nama si pemberi. Bila selak halaman, ada gambar kami berempat dan nota belakang gambar tu. Siapa lagi 2 orang tu selain Nadia dan si pemberi, rahsia 😇 . 

Bahagian belakang sekali pula ada sticky note yang ada nota juga 😊 Terima kasih sangat. 


Tudung dan gelang tu Nadia dapat dari kawan yang Nadia kenal dia dari semester 1 dan dia juga mungkin salah satu antara satu satunya kawan dari semester 1 yang masih baik, rapat, keluar lepak  dan bertahan sampai lah sekarang. 

Asalnya plastik tudung dan gelang tu Nadia letak dalam bag baju. Tapi masa keluarkan semua barang, terkejut tengok ada lagi bungkusan lain selain plastik bungkusan tudung gelang tu. Serius terharu dengan dua manusia ni. Siapa pun kauorang berdua, In Sha Allah, Nad sangat hargai persahabatan kita. 

Kalau tengok pada nota kecil yang terselit dalam buku tu, si pemberi tu kata dia beli sebab teringat topik dalam blog ni. Rabbana. Mesti topik yang ni ; 41 | Hasad dan Penutup Doa . 

Nadia tak ada apa nak dibagi. Bagi ingatan dan kasih sayang jela buat setakat ni 😂😂😂 Terima kasih sangat. Jujur, Nadia suka dengan setiap apa yang Nadia dapat ni. 

Ketiga tiga ni nilainya kecil tapi maknanya besar. 💞💋💘 Cukup la korang tahu siapa korang. Nadia sedar satu benda, walaupun mungkin Nad tak disebut dibibir, tapi Nad ada dalam ingatan dan hati korang. Kalau tak, masakan korang terlintas nak bagi ni. Kan? 😣




01 January 2017

46 | Permulaan 2017

Assalamualaikum.

Nadia mula rasa Nadia mula 'dewasa' sejak 2015. Dugaan masa tu dah serupa bagai jatuh ditimpa tangga. Lepas satu, satu. Nadia memang mudah rasa nak marah tapi untuk terasa hati dengan orang, memang susah, sebab selalunya Nadia persetankan aje apa yang rasa dalam hati ni dalam erti kata lain, positif. Tapi terlebih positif boleh makan diri sendiri sebab pegang konsep "Eh takpe, takde apa". 

Kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang 2015 memang Nadia betul betul ambil pengajaran. Jadi, tahun 2016 haritu Nadia cuba bangkit dan gagahkan diri untuk berdepan dengan cabaran dunia. Kecil je dunia Nadia tapi sesetengah orang sekeliling buat Nadia rasa "Susahnya hidup ni Ya Allah". 

Tahun 2016 ialah tahun yang perjalanan hidup Nadia berjalan dengan sederhana. Kesilapan kecil dari diri sendiri, pemerhatian Nadia pada orang sekeliling dan perangai cerewet yang melampau lampau. Tapi Nadia okay saje sebab setiap apa yang jadi ada hikmah yang tersembunyi. Nadia suka dikritik tapi biarlah ada adab sebab setiap kritikan tu sebenarnya pembetulan yang kita tak nampak dalam cermin diri kita tapi dari sudut cermin orang lain.

Tapi Nadia belajar sesuatu dari kehidupan 2015 dan 2016. Manusia abad sekarang tak suka pada 'kenyataan'. Mereka lebih suka pada sesuatu benda yang tak perlu diperbetulkan. Apa apa yang betul akan dianggap salah dan apa yang salah akan disanjung tinggi. Susah kan nak paham? Hahahaha. 

Tahun 2016 berakhir dengan sangat baik. Alhamdulillah dan mengharapkan ada cahaya sepanjang tahun 2017. Cahaya apa? Biarlah kekal jadi rahsia Allah. Cuba semakin matang, lebih fahami orang sekeliling dan selalu cari hikmah dari setiap kejadian. Apa yang Allah tarik, ada sesuatu yang lebih baik Allah akan beri. In sha Allah.

Suka untuk lihat orang positif tak sama dengan perasaan orang positif tu sendiri untuk hadap setiap permasalahan dan persoalan yang dia hadapi. Silap langkah dan tindak, habis dicemuh dihina. Teruskan jadi pemerhati sebab lebih banyak diam, lebih banyak input yang akan kita dapat. 

p/s Tak dapat jadi positif pada orang lain, cukup la positif pada diri sendiri. 💙💙