TOTAL PAGEVIEWS

22 December 2016

45 | Tips Cari Tempat Internship

Assalamualaikum. 

Malam ni terpanggil rasa nak open pasal Internship/Praktikal. Nadia akan cuba make it short. In sha Allah. Hehe. Mungkin tips, mungkin pengalaman atau mungkin apa apa je yang Nadia rasa berguna untuk kalian yang masih mencari tempat untuk praktikal. 

Lepas dapat surat dari Kolej sebelum final exam, Nadia buka Jobstreet dan mohon 7 tempat kawasan Johor. Tapi SEMUA senyap. Ada satu je yang bagi respond, itu pun sebulan lepas tarikh Nadia mohon DAN itu pun baru shortlisted DAN akhirnya diam begitu sahaja. Hahahaha. Sad life. *nak mohon dari jobstreet dan tak ada nombor phone pun susah sebab kita tak boleh nak follow up*

Salah seorang kawan lelaki Nadia dekat Kulai ni, student politeknik jurusan Civil Engineering, dia dapat tempat praktikal kalau tak silap seminggu sebelum tarikh pelajar politeknik kena mula praktikal. Jadi Nadia pun minta tips dari dia. Btw, dia ni pelajar pandai. Dekan every semester and pernah dapat 4rata dan baru baru ni dia dapat Anugerah Khas Politeknik, tapi kat sini nak kata, sepandai mana pun kita, baik macam mana pun pointer, kalau dah namanya bukan rezeki, tetap bukan rezeki. Sebijak dia pun dapat tempat lambat. Nadia bukan nak lemahkan semangat sesiapa, tapi nak bagitahu bagi student yang pointer average termasuk Nadia, usaha dan keyakinan tu penting walaupun pointer tak gah. Selebihnya tu kerja Allah. 

Tips :

Nadia pernah walk-in dan by call

Walk-in ni agak nampak macam sia sia sebab kita tak tahu macam mana nak follow up dan kalau resume tu kita pass pada orang yang bukan HR, entah sampai entah tidak. Tapi Alhamdulillah, 3 company Nadia walk-in, 2 company bagi email penolakan permohonan dalam tempoh 2 minggu tanpa Nadia follow up (Tabung Haji dan Celestica Electronics Senai) . Tak kesah ditolak sebab sekurangnya kita tahu yang kita memang tak dapat dah boleh teruskan pencarian. Lagipun kawan Nadia, Lukman ada kata ..

"Man aku dah letak resume dekat Celestica tadi tapi aku bagi kat guard je"
"Kau bagi dekat guard?? Orang asing ke rakyat kita?"
"Foreigner tapi pandai cakap melayu, aku kata 'Boleh tak minta tolong bagi kat HR?' , pahtu dia kata ok. So em aku pun blah jela"
"Hahahahahaha kau sure ke dia bagi?" 

Damn.! Nadia terus down. Tapi Alhamdulillah terbukti memang guard tu bagi sebab dapat email dari Celestica. Hehe. 

Next..

Lepas tu Nadia give up memang macam dah putus harapan sebab masa terus berjalan. Nadia tanya lagi Lukman, apa yang kena buat. Dia kata "Kau call je mana mana company. Kata nak cakap dengan HR lepastu bagi tahu nama dan kata kau nak LI" . Nadia ikut cakap dia dan syarikat pertama ialah Syarikat Construction. 

Banyak juga la Nadia try call Company Construction. Google je "Syarikat constuction di (nama kawasan yang kauorang nak)" 

Contohnya :
- Syarikat construction di Nusajaya
- Syarikat construction di JB
- Kilang di Nusajaya
- Hospital swasta di JB
- Hotel di Nusajaya
- Hotel di JB
- Resort di JB




Bila dia keluar macam ni, click more places tu dan kat situ ada nombor dan maklumat yang berguna untuk kauorang. Cara ni memang jimat masa sebab kauorang tak payah banyak kali nak typing dekat search engine tu semata nak cari tempat as long as kauorang ada target jenis dan tempat untuk cari.


Ada 1  hari tu, 30 company call cuma 5 je minta emailkan resume. 

Nadia akan rekod company yang kena follow up untuk elakkan lupa.

Kenapa pangkah ? Sebab ni nak follow up untuk minggu depan, tapi dah dapat tempat so terus pangkah

 UEM Land Berhad. HR dia sangat polite dan dia siap bagi tips bantu Nadia untuk cari syarikat dalam Johor. Tapi ada salah satu Company Construction area JB yang sangat rude kot sebab ..

"Boleh saya cakap dengan HR?"
"Sebentar ye Cik, saya sambungkan"
"Hello (Perempuan)"
"Saya Nadia. Saya em nak tanya .." *belum habiskan ayat terus kene potong*
"Nak cari praktikal ke? Telefon minggu depan ea orang office tak ada" *matikan call ! 

Kalau walk-in kita boleh tengok environment kerja, melalui call, kita boleh tahu manners ! Kaorang rasa kalau macam tu cara salah seorang pekerja dia, agaknya macam mana dia punya environment kerja? So situ dah dapat kesimpulan. 

KPJ Johor Specialist Hospital, KPJ Puteri Specialist Hospital, Grand Blue Wave Hotel, UEM Land dan ada beberapa hotel yang Nadia pun dah tak ingat sebab banyak sangat, Nadia sangat appreciate cara penyambut tetamu dan HR dia bercakap. Sangat beradab.

Jadi kat sini, usaha lah. Walk in atau melalui call itu bergantung pada individu. Oh ye, follow up tu seminggu sekali ea. Atau pun tanya dia .. 

"macam mana saya nak follow up ye? Saya nak call encik lah kan? Berapa lama keputusan saya boleh tahu? Kalau macam tu boleh tak saya call minggu depan untuk tahu tentang keputusan?"

Buat macam ni, sebab kita seolah olah minta keizinan untuk tahu tentang keputusan. Kalau dia kata tunggu lagi 2 minggu, then ikut je. Jangan call selagi belum 2 minggu. Hahaha.

Akhir yang tak akhir mana lah. Tak pernah terlintas walau sikit pun nak apply govm sebab apa yang Nadia tahu, govm tak banyak kerja. Nadia sukakan cabaran. Suka kerja yang setambung (banyak) jadi sebab tu Nadia tak putus asa juga tetap nak swasta dan Alhamdulillah, Nadia dapat swasta walaupun jauh. Grand Blue Wave Hotel yang nun jauh di pelusuk hujung Johor sana rupanya dekat dengan sempadan Singapore, Woodlands. Hahaha. Takpe lah. Masa ni la nak merasa pergi kerja jauh jauh, timba ilmu atas jalan raya yang sesak, bangun awal pagi untuk gerak g kerja. Sekarang bukan masa nak manjakan badan dan diri dah.

Maaf kalau ada terguris hati sesiapa. Semoga berguna tips ni. Kita semua ada cara fikir yang berbeza jadi soal internship dekat company govm, itu pilihan masing-2. Jadi, itu cuma bukan pilihan utama Nadia. Jangan menyerah sebelum bertempur. Rezeki tu ada, kita je kena cari. Tapi ingat satu benda, apa yang jadi tu sebab Allah yang atur. Jangan diletak harapan praktikal pada syarikat, tapi letak pada yang paling besar kuasanya. Percaya pada Allah, akan datang yang terbaik pasti menyusul sesuai dengan kemampuan kita. In sha Allah. Jangan putus doa walaupun hampir menyerah. Goodluck untuk tempat masing-2.

Assalamualaikum. 



16 December 2016

44 | Uzlah (Mengasingkan Diri)

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 

Some people suka jadi orang yang senyap. Diam. Tak uar-uar kan apa yang dia sedang buat. Ada orang dia suka share dan sangaaaat talkative. Nadia ialah orang yang kedua. 

Pernah baca, "Dont let people know too much about you". Yes its true. Tapi kita twist sttmnt tu dan dia akan jadi, "Let's share what is good for you and others" Cehhhh ahhahah. Jap term kedua tu tetiba datang spontan k. Wuuu~! Apa yang jangan kasi tahu orang? Impian kau. Sebab peratus keberhasilan apa yang kita rancang kurang memberangsangkan bila kita dah share pada orang plus peratus ditiru sangat tinggi dan sampai ke harini Nadia tak lupa sorang insan yang haihh baru bagitahu, pappp dia pun turut sama. Ok my bad my fault. Apa yang kena share dengan orang? Random talk yang boleh bagi manfaat pada orang lain juga. 

Tahap annoying berkongsi Nadia ni kadang-2 tak ditanya orang pun, tapi Nadia kepochi je nak share. Sebab, sayang. Sebab, peduli. Cuba kalau Nadia buat senyap, ramai akan makan hati. Its true k. 

Kalau kita serabut, stress. Apa nak buat? OK, ya betul. Baca Al-Quran, istighfar banyak banyak, doa banyak banyak. Selain tu, BERUZLAH. Apa maksud uzlah? Uzlah tu maksudnya mengasingkan diri. Asingkan diri dari sekeliling. Muhasabah diri, soal diri. Cari akar paling bawah kenapa kita macam tu macam ni. Cuba untuk jangan salahkan orang. Cari salah sendiri. 

Masa kat Kuantan, cara Nadia beruzlah, baca buku, hadap laptop, berkurung dalam bilik atas katil sendiri dan ya memang jarang sangat bergaul dengan orang dalam rumah sewa. Ada masa kalau perlu, Nadia keluar. Kat Kuantan boleh lah nak keluar sesuka hati, tak ada yang peduli. Balik Johor ni, kalau Nadia serabut atau stress, ya Nadia akan asingkan diri bagi elakkan termarah sesiapa lepastu esoknya, bangun mandi solat subuh lepas tu bersiap pergi joging. Nak keluar malam tak boleh, so boleh manfaatkan siang jela haha.

Ya Allah. Dulu zaman sekolah bukan main "Cara nak elakkan tekanan" dalam karangan BM, point nya, BERSUKAN. Rupanya selain sihatkan tubuh badan, dapat tenangkan fikiran. Serius ! Titik peluh yang keluar seolah olah masalah yang menitik keluar dari setiap liang roma segenap tubuh kita. Tengok manusia, tengok pokok tanah awan langit kadang kadang kapal terbang sebab belakang Airport Senai je, Allah, sangat tenang. Nadia jamin, lepas joging, memang rasa satu perasaan tenang yang macam ahhhh leganya Ya Allah. 

Ya tahu ada hari kita rasa nak menepek kat katil. Berkurung dalam bilik. Aktifkan mode kunci mulut, tapi sampai bila? Hello~ Tak ada orang yang merangkak datang sedarkan kita kalau kita sendiri tak tolong bangunkan diri sendiri. Matlamat hidup bukan untuk selamanya kelabu. Corakkan sikit kehidupan dengan warna warna menarik. Kalau kebahagiaan tu kita letak atas tangan orang lain, nescaya memang kau lah orang paling tak bahagia. 

Siapa saje peduli Nadia ni cakap banyak. Kalau rasa Nadia sangat annoying, please secara terang terangan dan berani, remove Nadia dari setiap socmed (social media) kalian. Cabar? Em boleh lah ~ Nadia tak suka simpan orang hipokrit. Jadi, jangan sok baik. Nadia tak ambil kira kuantiti, tapi kualiti. Buat yang masih setia dengan setiap bebel dan ego Nadia, terima kasih. Bebelan Nadia tu sangat murah pada orang yang Nadia sayang dan mahal bagi orang asing. Ok cepat nilai diri. Hahahaha. Maaf. Selamat malam. 


p/s ; Nak tahu lebih lagi pasal Uzlah, boleh lah google :) 



08 December 2016

43 | Keguguran Ma Kali Pertama

Assalamualaikum dan selamat malam

Sebelum ni ada beberapa kenalan Nadia dah tahu yang ma Nadia mengandung lagi. Tapi hari ini, 07 December 2016, rahim ma dah selamat dicuci sebab gugur. So, macam ni kisahnya.. 

Nadia balik dari Kuantan lepas habis kertas terakhir ialah pada 20 November 2016. So lebih kurang dalam 22hb macam tu lah tiba tiba terdetik nak tanya ma, 

"Ma, ma ni mengandung ke tak? Sebab hati along rasa macam tak ada" 
"Tu lahh. Ma pun tak tahu. Tapi bila pegang perut ni rasa kosong je"

Nadia tak tahu kenapa Nadia terdetik nak tanya ma masa tu. Firasat sebagai seorang anak kot. Memang ma ada pening-2. Ma makan asam. Ma tak boleh dekat dengan abah. Tapi Nadia rasa macam ma tak mengandung. Papp hari yang sama juga ma kata,,

"Sebenarnya ma keluar darah ni macam uzur"

Ahh sudahh. Esoknya nurse datang rumah untuk check tekanan darah ma sebab ma dah jadi pemegang 'buku pink' so ma dah memang disahkan kategori ibu mengandung lah kan. So ma bagitahu nurse pasal darah apa semua tu. Nurse pun suruh pergi Klinik Kesihatan Kulai Besar bahagian Ibu dan Anak. Esoknya pergi sana dan check up apa semua, doktor kasi surat suruh rujuk Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru (30 minit dari rumah).


First time pergi HSI

Pertama kali pergi sana, abah drive, Nadia dengan Aqil ikut. Abah amek cuti 2 hari masa tu Rabu dengan Khamis (23 & 24 November). Masa tu sangat lama kat hospital. Memandangkan cuma suami je boleh masuk, jadi Nadia berlegar-2 dekat kafeteria dan laman herba dengan Aqil sebab ada budak kan. Masa Nadia berdua je dengan Aqil dan layan karenah Aqil, banyak kali terlintas, "dah sedia ke aku nak jalankan tanggungjawab jaga adik-2 kalau ma tak ada?". Huwaaaa hm 

Rabu (23 November) , dua kali ma pergi hospital. Pagi tu Nadia dengan Aqil ikut. Dari pukul 11 pagi - 4 petang kat HSI lepas tu balik rumah. Lebih kurang pukul 6 macam tu ma g HSI lagi sekali tapi berdua je dengan abah sebab ma rasa sakit-2 tak silap. Jadi malam tu tak ada orang masak, abah bagi duit suruh Nadia bawak adik adik makan luar. Syahdu gila rasa bwk adik adik makan luar tanpa ma abah masa tu. Hahaha. Ma tak kena warded, cuma doktor masukkan ubat lepastu tunggu kalau kalau seketul daging tu gugur. Ma abah balik lebih kurang 12 malam masa tu. 

Selasa (29 November), ma pergi lagi HSI tapi masa ni Nadia je drive bawa ma dengan mak cik (adik perempuan ma) sebab kebetulan mak cik nak melawat kawan dia yang kemalangan. Kitaorang bertolak dari rumah 11 pagi-6 petang kat hospital. Macam biasa, doktor cuma masukkan ubat je. Tapi kali ni banyak. 4 biji ubat dan masa tu segar lagi dalam kepala, ma berjalan keluar dari bilik saringan dengan muka berkerut sebab darah turun banyak dan berketul. Nadia tengok sendiri macam mana banyak darah dalam bilik air hospital masa tu. Bila gugur, doktor nak seketul daging tu yang gugur. Tapi masalahnya tak tahu apa degil sangat daging tu taknak jatuh-2. Pendarahan yang banyak tu tetap tak ada seketul daging. So ma masuk balik dalam bilik saringan, doktor masukkan ubat dan ma dibenarkan balik rumah tapi kena datang hospital semula hospital. Susah nak nampak ma sakit. Tapi masa ni memang kesian sangat tengok ma. 

Isnin (5 December), ma kena pergi hospital untuk X-ray, check tekanan darah dan jantung sebab Rabu (7 December) ma dah kena cuci rahim. So masa ni, Nadia berdua je dengan ma. Masa ni kejap je proses tapi mau 3 4 jam juga dekat hospital masa tu. Hehe.

Rabu (7 December) , 6.40 pagi ma turun rumah dengan abah. Berdua je. Lebih kurang 11 pagi macam tu Nadia call abah, abah kata ma baru masuk bilik bedah. Dalam sejam siap lah. Sebab line yang abah pakai line singapore, jadi nak call abah sangat susah nak lepas masuk line. Nak call ma? Lagilah tak berangkat. Dalam pukul 4 petang Nadia tak dapat apa apa berita lagi. Jiran rapat ma pula call tanya macam mana keadaan ma, lagilah tak senang duduk. Nadia call abah, line xmasuk. Call ma tak angkat. Tak lama lepas tu baru ma call ma kata ma tengah rehat. Slow je suara. Katanya tengah tunggu abah naik wad sebab abah turun minum kejap dan ma dah boleh balik terus.Alhamdulillah !




Hampir maghrib baru ma abah sampai rumah. Dalam pukul 10 malam tadi ma muntah sangaaaaaat banyak sebab seharian ma tak makan apa sebab nak kena operate jadi ma kena puasa malam sebelumnya tu. Jadi ma makan nasi maghrib tu, tadi ma muntah nasi. Kau berlari aku dari atas turun g gosok belakang. Abah dah tidur. Yela mesti penat sebab seharian kat hospital. Esok nak bangun kerja awal pula. Ma kena berpantang dari segi makan dan aktiviti. Pantang macam pantang orang lepas bersalin tu. 



Sayang, awak dah masuk 3 bulan or dah 3 bulan tau masa awk gugur ni. Kami semua dan ma pun tak tahu macam mana awak boleh 'hilang'. Kami anggap tak ada rezeki je untuk kami lihat awak keluar dan tengok dunia ni. Tak apa sayang, awak tinggal dekat syurga baik baik. Nanti awak jangan lupa sambut ma kita ea. Kesian ma tau sayang. Along dengan abang Amirul semangat dah carikan nama untuk awak. Tapi tak ada rezeki awak nak menghuni nama tersebut. 2x ma buat urine test, positive. Beberapa kali ma scan awak. Tapi lama lama awk 'hilang'. Lepas tu baru kami tahu yang ma dah keguguran awak. 

Ma taklah menangis (zahirnya) sebab ma selalu ulang, "Takpelah tak ada rezeki nak buat macam mana. Sebab ni yang ke-7 tak terasa sangat. Kalau anak sulong ni, mesti meroyan dah" Semua benda ni pula jadi masa ulang tahun kelahiran ma yang ke-46 tahun. Yes. My super mom yang cergas dan lipas kudung everrr. Hahahaha.

Ya semua yang jadi ada hikmah. Bagi Nadia biarlah Muhammad Aqil Nazran tu yang terakhir untuk kami sekeluarga. Satu je impian Nadia sebagai kakak terutama anak sulong ma abah, Nadia nak ma abah sempat tengok kami membesar dengan baik depan mata terutama Aqil. Sekurang kurangnya sampai Aqil dapat tunjukkan anak pertama dia.. In sha Allah. Tak ada yang boleh ganti seorang ibu dan ayah dalam dunia ni. Kasihnya Nadia pada keluarga dan kenalan cuma boleh nampak masa dalam susah atau sakit je. Sepandai pandai Nadia menyusun kata, Nadia bukan jenis orang yang pandai tunjukkan sayang. So nak rasa dibelai dan dihargai, masa susah dan sakit jelah. Selebihnya Nadia jadi orang yang kasar dan garang. 

Selamat malam sayang.. Satu kenangan yang tak dapat dilupa.

Nota kening ; Nadia pakai acc twitter baru https://twitter.com/nadiaismail09 . Yang lama dah deactive.

27 November 2016

42 | Pinang Express

Assalamualaikum.

Bahagia rasa bila one of my friend dirisik or dipinang or apa apa je ayat yang sesuai oleh si lelaki. Kalau tak lama lagi, Iejan yang nikah haritu bakal bersalin anak pertama tak lama lagi, ni kawan Nadia pula yang sudah dipinang orang. Sama ada kawan Johor atau kawan Kuantan, biarlah tuan badan yang umumkan sendiri nanti. Nadia tumpang gembira atas bahagia orang-2 yang terdekat dengan Nadia je. Hihi. 

Bila tengok dia kena pinang express ni teringat masa Nadia kerja Aeon masa cuti sem 4 haritu, Nadia kena risik kot ayat paling sesuai. Tapi bukan untuk dia. Untuk kawan dia. 

Dia lelaki kelantan. Kawan dia pun. Diaorang berdua ni budak maahad. Tapi kawan dia ni ada business sendiri, business IT katanya dan kawan dia ni nak kahwin sebab apa tah tak ingat. Sebenarnya kawan dia dah ada girlf tapi girlf dia ni orang Nogori tak silap. Tapi kena tentang dengan parent sebab apa apa pun family dia nak menantu orang kelantan. 

Nadia tak ingat la nama lelaki tu apa, Nadia namakan dia Ali je la. So Ali ni tahu Nadia nak berhenti kerja dah, tiba-2 dia datang borak dengan Nadia berdua.

"Aku nak tanya mg satu benda ni. Tapi mg jawab jujur lah" wehhh suara dia serius namati. Sumpah !
"erk. Apa dia. Scary je bunyi haha"
Dia toleh kiri kanan, "Mg ada gewe (boyf) dok?" pppffffttttt speechless jap.
"Bakpo nak tahu?"
"Jawab molek dulu ada ke tak? Tapi aku rasa mg ada"
"Em ada lah" Dan Nadia masih gelak sbb rasa kelakar ahaha 

Dia pun explain la. Dia ada kawan nak kahwin. Bekas budak maahad. Ada business sendiri. Dia nak berhenti kerja nipun sebab nak kerja dengan kawan dia sebab kawan dia ni ada business besar so nak balik Kelantan kerja dengan kawan dia je. Mak ayah kawan dia nak menantu orang kelantan juga. 

Ayat dia, "Aku napok mg okay. Mg nak dok kawan aku? Mg kalu nikoh dengan dia, mg goyang kaki je. Dia ada belaka dah."

Nadia confirm memang buat muka blur sengal sengal ubi masa tu sebab baru 19 ke 20  wehhh masatu. Apa niiiiiii

"Tapi bakpe aku? Aku duduk Johor. Bukan duduk kelantan pun"
"Memang mg dok Johor tapi mg asal kelantan kan. Lagipun aku tengok perangai mg molek, ok jah. Gini jela, mg pk dulu mg balik mg pk. Ada dah orang yang boleh tanggung mg, kalau mg betul nak, dia mmg nak mari je rumah bwk mak ayah dia. Gewe (boyf) mg belajar lagi ke?"
"Er haa belajar lagi"
"Aku tahu xbaik wak naye (anaiya) ke gewe mg gini. Tapi mg pk la dulu. Gapo-2 mg ws aku kalau mg setuju"

Masa ni dia terus cari pen dengan kertas gigih tulis nmbr phone dia and nasib baik Nadia tak bagi nmbr. Kalau tak, lagi masak rasanya. Lepas dpt nombor dia tu, Nadia malas nak pk sangat sebab Nadia ada Amirul kot masa ni! Even sampai keharini pun masih dengan orang sama. Em. 

Balik rumah tu memula taknak bagitahu ma abah sebab Nadia pun bukan nak. Dah la tak kenal lepas tu suka suka je nak ajak kahwin. Pakwe aku nak campak mana?! Tapi at last, bagitahu jgk ma abah. Hahahaha. 

Ma ofcourse terkejut. Ma kata "Takyah fikir lah long. Kita tak kenal dia. Entah dia berniaga apa. Habiskan belajar tu dulu. Kita ni jadi orang jangan tamak nak ke harta orang. Kumpul sendiri."

Lagipun, Nadia dah ada Amirul. Silap haribulan salah percaturan, Nadia tinggal Amirul untuk yang baik, rupanya tak kan ada yang lebih baik boleh layan dan hadap Nadia macam yang Amirul buat. Lagi satu, kita cuma akan putus untuk 2 sebab je. In sha Allah . Apa? Awak tahu :) 

Sebelum Nadia masuk belajar pun, abang angkat Nadia pernah ajak tunang. Tapi Nadia tolak sebab tak rasa nak berikat dengan sesiapa. Baru 18tahun masa tu. Nasib baik tak tunang lagi, kalau tak, tak jumpa lah Amirul. Banyak betul nasib baik dia. ahahaha. 

Allah akan bagi apa yang kita perlu bila dah sampai masa. Kita je jangan putus doa tapi selebihnya biar Allah uruskan. Lin pernah cakap, kalau tak sedia, jangan buat sebab takut benda tu akan jadi lagi teruk. So kalau tak sedia nak kahwin atau apa apa je la dalam hidup ni, fikir dulu masak masak sampai hangus. Lagipun Nadia masih lama lagi nak jadi puteri hati abah :") dan In sha Allah Nadia tetap tunggu Amirul. Itu pun kalau tak tersalah jaga jodoh orang. hahahah. bye.

Btw, tahniah untuk kawan nadia yang dirisik dan sampai minta izin jumpa parent ke rumah. Selamat membuat keputusan beb. 

23 November 2016

41 | Hasad dan Penutup Doa

Assalamualaikum. 

Tadi borak borak. Lepas tu my mom tanya, 
"Long, mana best? Duduk dekat Kuantan ramai-2 suka-2 ke duduk rumah sini?"
"Em. Dia akan jadi best kalau tak ada orang dengki". Nampak tak aku macam tak bahagia? ehh *kesat mata masuk habuk*
Tadaaa.

Semester ni, Nadia cuma ada 5 subject dan 4 lecturer je. So ada em beberapa lecturer Nadia pernah bagitahu, "Kadang-2 saya sengaja concern pada satu satu pelajar dalam satu masa, sebut nama pelajar sama je sebab nak tengok reaksi orang lain. Dan saya nampak ada beberapa orang yang tak senang bila saya beri lebih perhatian pada awak. Jadi, bila saya dah nampak 'orang-orang' itu, saya berhenti sebut nama awak dalam kelas" 

Dan sejujurnya ya saya kurang senang sebenarnya bila pensyarah suka sebut nama saya sebab ya saya taknak benda benda macam tu lah. Saya bersyukur bila pensyarah berhenti beri perhatian pada saya lepas tu. 

Kalau ikutkan semua lecturer sem ni baik dengan Nadia tapi Nadia dengar benda yang lebih kurang sama macam tu dengan beberapa pensyarah yang ajar Nadia. Nama orang tu taklah pula disebut sebab pensyarah sekadar bercerita, bukan niat untuk mengapi. Tapi kita ada hati yang boleh rasa kan. Cuma betul atau salah je. 

Salah satu pensyarah Nadia juga pernah ajar Nadia satu benda. "Kalau awak nak berdoa, tutup setiap doa awak tu dengan Rabbana atina .... (sampai habis), percayalah Nadia, awak akan rasa sesuatu yang lain sangat" Dan setiap kali ingat ayat ni mesti sebak dan percayalah, Nadia menangis masa pensyarah cakap benda ni #hatitisu. Lepas pensyarah Nadia pesan, Nadia selalu amalkan hatta "Ya Allah, berikanlah kesabaran pada aku sepanjang harini, rabbana atina ...." . Walau seringkas doa pun. Dan ya percayalah, akan ada keajaibannya. 

Sekarang je kurang amalkan. Idk. Ego tetiba naik memuncak. Dushhhh. Ok. Kena balik pada asas semula. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar.

Dan ya. Dia akan seronok bila tak ada orang dengki. Tapi kita tak boleh lari dari apa yang orang fikir termasuk awak yang sedang judge saya masa baca post kalini. Hahahaha. GoodNight. emmuah



14 November 2016

40 | Bukit Panorama, Sg Lembing Kuantan

Assalamualaikum. 

Yeayyy lepas sudah hajat nak naik Bukit Panorama sebelum habiskan Semester 5 dekat Kuantan ni. Masih berbaki seminggu sebelum zaman belajar dekat Kuantan Pahang ni habis. Orang lain final, focus dengan buku. Seorang Nadia ni musim final exam lah dia sibuk nak pergi sana sini. Laaa masa ni lah nak manfaatkan sisa sisa akhir dekat negeri orang. Dapat pula boyfriend yang sangat suka melayan kerenah as long as kerenah tak mengarut. hahaha

Tadi lah waktu yang paling awal Nadia dengan Amirul sampai dekat Bukit Panorama. Sampai sana cuma ada 2 biji kereta je. Ku sangka hari Ahad tak ramai orang memandangkan Isnin esoknya hari orang bekerja. Tapi sangkaan meleset ! Ramai betul orang tadi dan kebanyakkannya cina. 

Fyi, rupa rupanya Nadia naik Bukit Panorama tu setiap semester sekali. Sebab 4x dah naik Panorama. Bermulanya semester 2 lah tahu Bukit Panorama tu dari groupmate untuk task assignment English (Field Trip) . 

Groupmate Semester 2

Second time pergi dengan Amirul. Lepas Nadia dah pergi dengan groupmate, Nadia ajak Amirul plk. Kitaorang pergi berdua je masa tu. Tapi em tak ada gambar plk. Haha. Puas cari tapi tak jumpa. Haihhhhhhhhhhhhhh ! 

Kali ke-3 pergi dengan Sue, Apik dengan Wani. Pergi satu kereta je. Ni pergi sem 4. Wani first time naik surrender terus. Hahahaha. Sue? Tak pasti. Haha. Tapi nampak macam tak serik je nak naik lagi. 



Lastly tadaaaaa~ Terima kasih Amirul tunaikan hajat walaupun awal-2 dua dua dah pancit. Mana tak nya sejuk gila kot pagi tadi. Kau bayangkan 6 pagi sampai puncak. Tapi best ! Sebab masa kitaorang berhenti rehat kejap laluan nak naik tu, Nadia tengok langit, bersepah bintang ! Sangat banyak dan sangat terang ! Sumpah. Masa otw nak ke Sg Lembing pun, bulan tu seolah olah jadi 'lampu jalan' pada kitaorang sebab otw tu tak banyak kereta. Boleh kira dengan jari. Jalan memang sangat sunyi. Yela awal pagi kan. 


Tengah lepak, tiba tiba dari jauh ada orang melambai. Ehhhhhhhhh. Eca (shawl pink) hahaha. Memang la dia ada kata teringin nak naik. Tapi dia tak pasti lagi. Dia pun tak ada inform apa apa. Tetiba tengok, ehh dah sampai atas. Hahaha. Tu kawan dia, so diorang datang bertiga lah. Wow. Gigih. Hehe. Bagus semangat tu. Tahniah Chaa ^_^ dan Eca pun tak serik nak naik lagi wehh. 

Eca, Zira dengan Arafah

Nah laaaa. Belanja gambar buruk sudah. Hahaha. 
Lepas turun bawah tu, Amirul bawak Nadia dan of course Eca datang sini. Nadia dah 2 kali datang tempat ni. Masih dalam Sg Lembing, Sungai Pasir Kubur nama dia. Jalan dia agak pelik lah sebab memang korang kena lalu tepi kubur. HAhahaha. KAlau first time datang sini mesti akan ingat dah sesat. Em


Lepas balik dari Sg lembing, Nadia dah berpecah dengan Eca. So Nadia g makan dulu isi perut. Dalam pukul 10 pagi mcam tu sampai lah rumah. Rehat kejap sebab tengah hari ada 'date' sebab ada orang nak belanja. Huhu. 

Pukul 2.30 p.m keluar rumah, amek Amirul dekat rumah dia dan terus ke Cenderawasih. Eca belanja kami Pizza Seni Bidara nama tempat tu. 

Eca belanja kami. Terima kasih Eca ! 

wuuuuuuuuuuuu
Balik dari Sg Lembing terus demam ! Dada macam kena hempap rasa. So sekarang jam pun dah 11.54 pm, masa untuk tidur. Dah dinner bubur McD sebab tak lalu nak makan dan dah makan ubat. So, Goodnight. Kerja asyik nak bersin dan selsema non stop. 

Kecik bukan sebarang kecik k. Bye
p/s Draf diceroboh Hanis dan Lin. Kantoi update blog sebab mulut diam :D

07 November 2016

39 | Egoistic

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. 

Kenapa terdetik nak update blog untuk malam ni. Sebab tadi baru lepas bertegas dan berkeras dengan kawan yang datang minta pandangan dan bahu untuk dia lepaskan segala hajat dan permasalahan. Siapa yang kenal Nadia dan tahu the way Nadia bila dah start 'berfalsafah' , boleh lah baca blog ni dengan nada yang korang boleh bayangkan macam mana Nadia biasa sampaikan. Hahaha. 

She said, 'Aku tak sampai hati lah' 

Then I said, 

Sampai bila kau nak untuk tak sampai hati? Akan sampai satu masa kau jadi orang yang sangat sampai hati. Kau tak sedar ke kau dah jadi hamba untuk dia? Apa benefit yang kau dapat? Nothing! So, bagi aku satu sebab kukuh kenapa kau kena stay and stick dengan dia sedangkan kau tahu dia tak mendatangkan apa apa kebaikan tapi cuma makan diri kau balik. 

She said, 'Kalau aku terus terang, nanti aku dah tak ada kawan'

The problem is YOU ! Not HER. Kita jangan hadkan akal dan otak kita 'Kalau aku tinggalkan dia, aku dah tak ada kawan' . Kalau itu yang kau fikir, kau totally salah. 100% salah. Kau lupa ke, bila Allah tarik sesuatu dari kita, Allah akan gantikan kita dengan perkara yang lebih baik? Kau tahu kau ada 'something' yang dia dah ambil kesempatan atas 'something' kau tu, so buat apa kau simpan? Kau pendam, kau sakit hati. Kau jujur, kau takut kau tak ada kawan. No. Problem kat sini ialah kau. Bukan dia. 

She said, 'Tak boleh weh. Nanti orang akan cakap cakap pasal aku. Nanti mesti orang kutuk kutuk aku'

Hahahaha. Kau lah antara orang yang hidup atas mulut orang lain. Kau takut kena judge. Sampai bila kau nak hidup atas expectation orang? Kau buat lah apa pun atas dunia ni, orang TAKKAN pernah berhenti bercakap pasal kau. Kalau macam tu, kau lagi rela sakit hati lah kan daripada orang mengutuk kau? Kadang kadang kita memang kena pentingkan diri sendiri untuk kebaikan kita, bukan orang lain.

Apa je yang orang tak cakap pasal aku? Everything orang dah cakap. Berapa banyak kali aku dah hilang kawan? Aku peduli apa dengan apa yang orang nak cakap. Kita tak boleh tutup mulut orang. As long as kita tahu benda tu betul. Aku bagi contoh, haritu ada orang bagitahu aku, 'Nad, ada orang kata kau ni berlagak sebab bawak Vios datang kolej' . So? Kau expect aku buat apa? Balik Johor tukar bawak kereta Citra semata mata nak tutup mulut orang? Jiran jiran cakap, 'Eee apa lah Pah tu bagi anak bawak kereta pergi kolej. Kereta baru pulak tu' . Beb, Encik Ismail dan Puan Sarifah ni tak minta sesen pun duit awak untuk bayar segala bagai tentang kereta ni. Kalau ma abah terlalu fikir mulut orang, agaknya aku takkan jadi seberani ni untuk drive Kuantan Johor (4-5 jam) seorang diri perempuan pula tu. Anak anak jiran yang bercakap tu, anak perempuan diorang mana ada lesen. Haaa kan dah riak. 

See. Orang akan mengata atas apa yang orang tak mampu untuk capai. Kalau kau di ngata, sedarlah yang kau sebenarnya ada kat atas mereka. 

Soal kereta. Apa yang kawan kawan expect ea? Adakah aku kena turunkan tingkap masa memandu tiap kali nampak korang? Jap. Tu bukan lagi biadap dan berlagak ke? No. Aku tak faham apa yang orang MELAYU ni fikir sebenarnya selain dari jaga tepi kain dan rumahtangga orang lain. No wonder melayu tak maju. Sibuk peduli hal orang sampai lupa nak majukan diri sendiri. 

Next. 

Dia tak akan buat macam apa yang diorang dah buat kalau betul diaorang kawan yang baik. TERLALU BANYAK contoh aku mampu bagi. Tapi TERLALU BANYAK hati aku kena jaga. Kalau aku zahirkan kat sini, satu satu aib aku dah buka. Selagi kau dibuat serupa kuli, selagi orang tak hargai apa yang kau dah buat. Dia belum layak digelar kawan yang baik. Muhasabah diri semua orang. 

Sebab tu aku suka bergerak solo. Aku tak perlu nak sakit hati dengan orang. In fact, aku orang nya cerewet dan maybe perfectionist. Siapa pernah serumah atau sebilik dengan aku, tahulah macam mana. Serumah lah akan lagi nampak. Who cares kalau aku dibenci untuk kebaikan semua orang. Aku marah sebab aku peduli. Kau patut risau kalau aku palau sebab aku memang tak hingin nak tengok muka kau. 

Ni musim final kan? Kau akan nampak lah Nadia ni lagi banyak mengasingkan diri dari manusia. 

Yes. Nadia memang seorang yang ego. Tapi Nadia ego selepas banyak peluang dan ruang Nadia dah bagi. Aku diam. Aku perhati. Aku nilai. Aku tegur. Tak makan dek tegur? Ok. Kita dah boleh mula buat hal masing masing. Simple. 

Nadia pun tak suka nak gaduh sebab I know what kind of people I can be if I dont control my anger and I am 100% sure, kau pon tak nak tengok dah muka aku kalau setepek kena atas muka. 

Just jangan sampai seorang Nadia ni rasa yang dia macam satu alat untuk dibuat main. If not. Sama ada kau makan maki atau makan silent treatment yang muka aku pun kau taknak hadap nanti. Ada benda kita tak perlu explain. Jarakkan diri je. Orang memang takkan percaya apa yang kita kata. Tapi percaya lah. Kalau kita yakin kita dipihak yang benar, Allah akan tunjuk siapa dia yang sebenarnya. Masa tu baru orang sekeliling faham. Kita kena lebih sabar bila masalah tu datang. 

Nadia serius minta maaf. Sure akan ada yang terasa. Selembut dan sehalus manusia ni jangan rasa dia kekal diam bila dah mula rasa jadi satu alat mainan. 

Pepatah ada mengatakan, jangan takut kalau kita dipihak benar dan berani seperti singa. Cukup lah aku dah jadi singa dekat rumah. Jangan bagi aku singa dekat luar. hahahaha. 

Chaw ! 


03 November 2016

38 | Nicest Rude Person Ever

Assalamualaikum. 

Orang yang rajin baca blog ni mesti muak dan akan rasa macam em "Eee apa Nadia ni balik-2 buka isu yang lebih kurang sama je." Isu apa? Kawan. Laa kawan je lah. Dahtu nak buka isu family? Family dah bahagia. Isu Amirul? Amirul dah cukup mengujakan. So tak perlu k tak perlu. Hahahaha. Eee yukkssss mengujakan. GELI ! 

Weii korang tak tahu kan betapa blog ni sangat membantu sekalipun takde readers, bilamana Nadia rasa Nadia nak balik semangat yang hilang, Nadia akan buka blog sendiri. Tulisan yang ditulis dengan jiwa, kita boleh rasa apa yang si penyampai cuba untuk sampaikan. Appreciate and thank you for those yang selalu luang masa baca setiap satu atau salah satu tajuk dalam ni. Sorry for those yang rasa blog ni sangat menjengkilkan. Kehadiran anda tidak diminta dan keberangkatan anda sangat dialukan. Huhuhu

Nadia cuba untuk pandang semua benda dari side positif. SEMUA. Tapi tetap, tetap ada je benda terlepas pandang yang tetap nak pandang negatif. Ada je benda benda baru yang Allah tunjuk. Betapa sebab satu mulut boleh rosakkan banyak hubungan, termasuk my relationship with him. Syukur sebab there are no secret between us and we are feel free to talk about anything and everything. 

Semua orang ada pantang. Dan pantang Nadia bila kena tipu. Tipu pulak hidup hidup. HAHAHAHAHA. Sokmo fikir. Bodohnya budak budak ni selama ni percaya je apa kau cakap. Betapa palsu nya perhatian yang kau bagi semata meraih perhatian orang lain. No. Tak ada kompromi kalau Nadia dah kena tipu. Bukan sekali. Dua kali. Berkali kali ! 

Aku tak sabar demi menghabiskan sisa kurang 20 hari ni untuk sabar tabah dan tahan untuk hadap segala macam drama yang kau cuba zahirkan. Sabar nya jadi seorang Nadia ni. Tobak ah ! Membuak rasa ego dan tercabar nya sabar bila dapat tahu. *senyum sinis* Mungkin kau beruntung sikit kot sebab Nadia version kali ni bukan jenis melenting dan mengamuk tak kena hala. So cuma bagi pandangan dan judgement dari jauh je. 

I just can't see your face anymore. Atleast in this short-term. Banyak sangat dah benda berlegar dalam kepala yang teringat-ingat dan muak dengan segala macam agenda.

Yaa. Tak kesah dianggap teruk hanya sebab aku jujur dan kata benda yang fakta kalau nak dibanding kau yang banyak auta dan cuba untuk polos. Aku tak kesah dipinggir hanya sebab aku cuba berterus terang sebab aku percaya. Cepat atau lambat, orang akan nampak the true colours of someone. So biarkan mereka dengan cara mereka untuk nilai. 

I'M THE NICEST RUDE PERSON EVER.

Ira said, "Long, ayat kau tu walaupun bukan untuk aku, tapi aku yang terasa macam aku orang tu" 

So, jangan mudah sangat terasa wahai siapa pun si pembaca. Kecuali kalau betul kau orangnya, tepat lah kena sasaran hati tu. Memang kita yang letak aras sabar tu. Tapi sampai bila nak biar diri terus sabar pada orang yang terang-2 memang cuba cari nahas dengan kita. 

Sorry. 

23 October 2016

37 | Hijrah untuk istiqamah

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Contoh dan model terbaik Nadia untuk selalu rasa yakin terutama bab stokin ialah PrincessMeenie .  Bila dekat Johor rasa tercabar dan tergugat tak lah sekuat dekat Kuantan. Tidaklah sampai tahap malas atau nak cabut terus atau apa. Tapi dekat Kuantan Nadia dikelilingi makhluk makhluk yang cantik. Yang em macam Nadia dulu dulu. Yang em boleh selempang tudung atas bahu je. Sinsing lengan baju. Suka bila berjalan pakai kain, kain tu terselak sampai nampak betis. Seronok bila orang tengok 'skin' kita yang terlindung. 

Yaaa tahu berdosa ada perasaan tu. Tapi perempuan mana taknak ?! Semua nak !! Jangan tipu !



Nadia taknak ulas panjang dan tersangat panjang soal semua ni sebab Nadia pun masih merangkak. Risau bila terlalu awal berubah dan bercerita, Allah uji dengan ujian yang lagi hebat. So tujuan nak update cuma nak kata, berubah tak semudah nak kekalkan. Tambah lagi dengan lambakan fesyen dan cara pemakaian zaman sekarang. 

Tapi Nadia sangat bersyukur sebab proses perubahan tu dapat sokongan dari keluarga, Amirul Asyraf dan kawan-kawan. Kawan-kawan? Yaa orang yang paling rapat mestilah housemate. So impak paling besar ialah kawan. Serius sayang sangat Homestay Firdausi !  No judge and serious supportive. Sumpah. 




Ni Majlis Farewell Semester 5 KPTM Kuantan yang dibuat di Gambang Resort. Makin loose pakaian, makin tak ada yang memandang. Makin rasa selamat.

No judge . Just share. I am sorry. Takecare and loveyou. Haha


08 October 2016

36 | Masam Manis Short-Vacay

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 

Tarikh 30 Ogos 2016, Mirul ada tanya nak tak join satu program larian yang diadakan di USIM?. Dia bagi lah gambar gambar 'iklan' tu apa semua dekat wtsapp. Tak fikir panjang terus cakap "nak !" . Lepas tu baru tanya dia, "USIM tu kat mana?" . Dia bagitahu USIM tu kat Nilai. Wehhhh masa tu Nadia terus terdiam depan phone. Aku dah setuju ni. Tahu tak dalam kepala otak ni aku ingat USIM ni UIA dekat Indera Mahkota Kuantan!!!! Betapa noob nya aku !




Tapi dah setuju so nak taknak kena lah ikot :'D Dalam masa sebulan sebelum nak dekat tarikh pergi tu, macam macam otak ni fikir macam mana nak yakinkan ma. Ma tak semudah yang disangka untuk dipujuk tambah lagi aktiviti yang luar daerah ni. Ma bukan apa, sebab Nadia kan perempuan, ma risaukan keselamatan anak dia ni. Yaa ma sangat protective. Sebab tu takut sangat ! Huwaaaaa. Nadia terus terang pun 2 hari sebelum tarikh program, kemain manis mulut masa tu :"D 

Ok tutup cerita. 

Program larian #RAINBOWSHOOTRUN tu berlangsung 01 Oktober 2016 . Sepatutnya 30 September 2016 lepas solat Jumaat kitaorang (Nadia, Wani, Apik, Amirul) bertolak. Tapi sebab kelas kami (Nadia, Wani, Apik) course HR ada seminar untuk subjek Finance pukul 3 - 5 petang jadi kitaorang terpaksa bertolak malam. 


30 September 2016 | Jumaat

Lebih kurang 8.45 malam lepas dah solat Isyak kt rumah, Nadia dengan Wani keluar dari rumah untuk amek Mirul dengan Apik kat rumah diaorang. Lepas tu kitaorang decide pergi makan dulu dekat Taman Tas Kuantan sebelum mulakan perjalanan. Lebih kurang dalam pukul 10 malam juga rasanya baru la siap makan dan kami pun bertolak dari Kuantan. Perbincangan nak ikut jalan mana punya lah beria-ria sebab banyak faktor yang kena pertimbangkan, so pilih jalan Muadzam-Keratong-Seremban haa tu je ingat. hahahahah. 

Kalau ikut rancangan, sepatutnya Nadia dengan Wani akan bermalam dekat hostel kakak Mirul (Kak Mira) . Tapi nak dijadikan cerita, kitaorang exit highway dan masuk Nilai masa tu dah 2 pagi. Nadia dengan Wani dah tidur kat seat belakang. Mirul bagitahu tempat kakak dia tu tak boleh masuk after 12 a.m . So Nadia kata takpe lah. Tidur sini je. Dia dengan Apik duduk dekat pondok berdekatan dengan kereta, Nadia dan Wani stay dalam kereta, matikan enjin dan kunci pintu. 

Kitaorang terjaga dalam pukul 5 pagi macam tu, dapat lah tengok sketsa depan kereta, lori terbakar. Alaa terbakar sikit je. Tapi bahaya jgk kot. Nampak lah abang bomba beraksi :P

Huhu sadis. Sampai sampai dah ada dugaan. Dalam 6.30 pagi macam tu, kitaorang gerak dari tempat tu dan terus ke tempat tinggal Kak Mira. So macam biasa, bersihkan diri dan sarapan apa semua, kecuali Mirul dengan Apik pergi masjid untuk bersihkan diri, hampir pukul 8 pagi juga baru bertolak ke USIM dari tempat tinggal Kak Mira.


01 Oktober 2016 | Sabtu

Sampai sana aktiviti dah nak bermula. Kitaorang lari tanpa pistol yang diorang sediakan sebab masa tu pun dah lewat Hahahaha. Tapi okay juga kot sebab lagi 'free' . Tak payah nak pegang apa apa. Mirul awal-awal dah cakap nak dapatkan medal 500 terawal. So larian mula je, Mirul bagi isyarat yang dia nak g dulu dan diikut dengan si Apik. Tinggallah Wani dengan Nadia je kat belakang. haha. 



Medal tu Mirul dengan Apik yang punya. Hehe. Rezeki tak berpihak pada Nadia dengan Wani.

Lepas habis larian, kitaorang melepak dulu dalam perkarangan parking USIM untuk bincang next plan. Struggle masing-2 cari hotel untuk berehat hari tu. Semua ada bahagian masing-2. Nadia dengan Wani kena cari hotel dan tempat yang kena pergi seterusnya. Mirul driver so dia ikut sahaja. Apik? Co-pilot berjaya Mirul hahahaha. Alaa semua terlibat sebenarnya dalam proses mencari 'hotel' lah sangat. Last-2 kitaorang bermalam dekat rumah makcik Wani area Ampang.




Lepas habis berbincang, kitaorang terus ke Port Dickson sebab target seterusnya ialah main permainan air. Jadi masa tu kitaorang pilih nak main Banana Boat. Dengan baju #RAINBOWSHOOTRUN yang berwarna warni tu kitaorang lenjan je main Banana Boat sebab dah alang alang kotor kan.





Air dia pehhhhhhhhh masin ! Sumpah masin ! Burn jangan cakap lah. Ada dalam 20minit permainan Banana Boat tu kalau bergantung pada rakaman yang Apik pegang sepanjang atas bot pisang :D

Masing-2 dah lemau. Terus cari kedai makan area terdekat dan lepas makan terus naik KL dan cari rumah makcik Wani kawasan Ampang tu haa. Petang juga lah sampai rumah makcik Wani. So sampai je macam biasa lah rehatkan diri sebab malam tu kitaorang plan nak keluar tengok view.


Untuk dinner, Yaya dengan Ayah E bawa kitaorang makan dekat Dagang Avenue, Ampang ..




Lepas habis makan, kitaorang dibawa berjalan ke Uptown Danau Kota dan haa hamek kau berapa kali tawaf dah Uptown tu. Penat dia Allah je yang tahu. Nadia je la, diorang bertiga tu tak sure hahaha. Lepas balik dari Uptown Danau Kota tu terus tertidur dalam kereta sebab letih sangat. Sampai-2 je dah dekat atas Bukit Saga. Daripada pening kepala masa tu terus rasa segar dapat tengok lampu lampu. Ya Allah cantiknya.!




Berjalan tak ingat dunia, rupanya bila check jam dah pukul 2.30 pagi masa tu. Mula-mula Yaya dengan Ayah E (makcik pakcik Wani) ada. Tapi sebab mungkin diorang penat, diorang balik dulu. Kitaorang menyusul kemudian.






02 Oktober 2016 | Ahad

Pagi tu kitaorang dijamu dengan Nasi Kerabu dari air tangan makcik wani. Sedap bohhhh. Orang yang paling kerap kena usik of course lah Apik ! Sebab dia sorang tak makan budu kan. Jap hm tetiba teringat ingat nasi kerabu Yaya huwaaaaa

Lepas zohor, kitaorang pun bertolak dari rumah Yaya. Plan seterusnya nak ke FRASER HILL lah kononnya ! Tapi kelakarnya esaited naik atas tetiba kena bayar untuk masuk. Hampa? Tak lah sangat kot sebab niat nak g berderak je. Tapi kena bayar pulok, so takpe lah, disuruh kami balik Kuantan terus lah tu. Hahaha

Wani dah terkulai dah sejak naik atas lagi. So bila turun bawah, dia kata dia tidur sepanjang jalan sampai lah kami dah sampai highway Gambang. Nadia pun tidur lama juga, penat tak penat lah. Apik jela peneman setia Mirul dari awal sampai akhir. Hehe.

..

Macam macam jadi sepanjang percutian tak dirancang ni. Sebab tujuan asal nak pergi USIM je tapi banyak pulak melencongnya. Bak kata Apik "Cuti singkat tapi bercuti macam sebulan" ehh paham x? :D Masam manis pahit kelat sebab ada macam macam rasa dalam trip pertama ni. Tapi tetap seronok dan tak serik. Sangat !

Sejujurnya masih mengharapkan akan ada short-vacay kedua untuk kita berempat atau mungkin ada ahli yang nak bertambah? *banyak maksud ayat ni, sukati lah nak paham istilah yang mana satu :P* Mengharapkan sebelum habis semester 5 ni memang tak lah sebab masa dah suntuk dengan nak hampir dengan tarikh final. Tapi mungkin akan datang.


Credit video | SyazwaniSahira


06 October 2016

35 | HappyBirthday Yie ! Self-talk

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 

Kali ni nak membebel something yang berkaitan tentang orang-orang yang Nadia sayang. Kalau bagi nasihat dan semangat through whatsapp, mungkin akan terpadam. Lepas tu dah, lupa. Lepas tu down balik. Kalau Nadia expose dalam blog, semua orang boleh baca. Kalau nak repeat baca pun boleh ! As long as blog ni wujud. Ni pun more kepada self-talk kot.

Apa yang kita capai sekarang ialah apa yang Allah dah rancang dan buat percaturan yang terbaik untuk setiap hamba Dia. Kalau kita rasa kita gagal, kita rasa apa yang kita buat tu susah, sebenarnya tak. 

Setiap kegagalan tu sebenarnya satu benda yang kita boleh kenang dan jadikan kenangan manis bila kita berjaya. Kita yang kawal otak dan keperibadian kita terbentuk berdasarkan apa yang kita fikir. Kalau kita rasa nak bangkit, semangat tu akan datang. Kalau kita lemau, kita akan terus ada kat bawah ditinggalkan orang-orang yang dah berjaya. Soal ilmu dan impian, tak ada had umur dan tempoh masa. Selagi ada peluang, ruang dan masa selagi tu kita boleh gapai kalau berbekal usaha, doa dan tawakal. 

Setiap kesusahan dari apa yang kita usahakan tu bukan sesulit apa yang kita fikir. Tapi kita lagi banyak merungut dari rasa nak cuba untuk usaha. Ya mungkin aku tak faham skop keadaan kau dan kalian. Tapi kau kena ingat, itu jalan yang kau pilih, maka kau perlu tempuh. Allah takkan membebani umat dengan perkara yang dia tak mampu tanggung. Kalau kita ikhlaskan diri, fikir perkara yang mampu naikkan semangat, lebih banyak 'berborak' dengan diri sendiri daripada merungut, in sha Allah semua benda jadi mudah. 

Tips nak jadi kuat tanpa bantuan orang lain ialah bercakap dengan diri sendiri terutama bila rasa putus asa. Tapi jangan cakap sorang tak kena tempat, nanti dicop gila pulak. Nadia rajin je membebel sorang-2 sambil buat asgmnt. Tapi banyaknya bercakap sorang masa drive lah sebab masa tu tengah sorang kan. Jadi, bina kekuatan tu dari dalam diri kita. Jangan harapkan orang untuk tolong bangkitkan kita.





Tak pandai belajar tak apa. Manfaatkan skill yang awak ada. Apa yang awak minat. Orang lepasan dip/deg/mas pun terkial kial nak cari kerja. Awak yang dah ada kerja, yang bakal mencari kerja sebab tak mampu nak belajar, teruskan dengan apa yang awak buat. 




MUHAMMAD NAZRI BIN ISMAIL , Selamat Hari Lahir yang ke-19 tahun. Along doakan semoga jadi hamba Allah, anak Ismail dan Sarifah, abang, adik dan kawan yang baik. Berjaya dalam apa yang Yie impikan dan selalu berada dalam lindungan Allah. Ye tahu dah kerja dah ada duit sendiri. Tapi kot ye pun jangan la nak langkah kakak. Make sure jangan kahwin dulu :D 

Sebab ma kata orang dah kerja kalau dah ada pasangan memang tak fikir lain. Dia fikir nak kumpul duit nak kahwin je. Aloooo macam tu rupanya. Tahniah sebab dah ada kerjaya. Sayang dengan kerjaya sendiri baru la rasa nikmat kerja tu. Tak ada benda yang datang bergolek. Kita yang kena lentur sifat tu, bukan sifat tu yang kena datang sendiri. Pupuk dulu baru la terbit.

Night.. 

30 September 2016

34 | Aku cuma nak Aku

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 

Aku selalu tanya aku. Kenapa aku?? Kenapa selalu aku?? Kenapa asyik-2 aku?? Aku belum pernah nangis atas apa apa perasaan yang mengganggu semester ni. Tu bermakna aku dah cukup kuat untuk hadap setiap masalah dan dugaan yang datang. Sebab bagi aku dugaan yang aku alami kalini tak sebesar dugaan semester 3 hari tu. 

Aku jadi terlalu 'tabah' sampai kadang jadi terlalu 'kasar' . Berani untuk bertindak dan tempuh apa yang bakal datang as long as aku tahu aku tak salah. Tapi cuma pada certain people. Ya. Certain people.

Sebab aku masih jaga hati orang. Orang orang yang aku rasa bila aku buka peluang orang manfaatkan. Tapi bila aku berkasar orang mungkin anggap yang aku kurang ajar. Aku tak boleh jadi sederhana. Bila aku baik, aku jadi sangat baik. Bila aku kasar, kau atau orang sekeliling akan terasa. 

Aku tahu tak baik pertikaikan kenapa Allah pilih kita untuk tempuh apa yang kita sedang tempuh. Tapi kadang aku tertanya tanya kenapa mesti selalu aku? Aku pun lupa. Allah tak membebani umatnya dengan sesuatu yang tak dapat dia pikul. Patut aku sedar aku istimewa. Mungkin Allah nak ajar aku ikhlas. Tolak ansur. Bersyukur. 

Lately ni, aku suka bawa diri. Aku cari Aku. No trusted people. Eh terjujur. Ada. Tapi hati ni berbolak balik. Aku tak sedih apa yang dah orang buat dan aku diam. Tapi aku sedih kenapa aku tak boleh kuat macam mana aku selalu nasihat dan kuatkan orang lain.

Susah bila orang letak dalam fikiran dia yang kita ni polos. Anything yang kita cakap dan buat, orang tak take serious. Kadang, aku penat jadi lembut. Tapi aku benci jadi kasar. 

Itu je. 

Aku taknak buat orang terasa sebab aku tahu macam mana kuasa otak, mulut dan jari ni boleh bertindak kalau aku terus biar emosi kawal aku. Siapa pun kau orang yang dah berjaya baca benda bodoh ni sampai ke saat ni, tolong aku minta, hargai aku sebagai seorang manusia. Bukan seorang yang kau kenal aku siapa. Penat bila rasa tertindas. Atau cuma mainan perasaan 

17 September 2016

33 | Perempuan & Darjat

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Kenapa orang perempuan tak boleh jadi pemimpin?  Sebab orang perempuan suka buat keputusan dalam keadaan emosi. Kenapa talak bukan atas tangan perempuan? Sebab perempuan suka buat keputusan dalam keadaan emosi. Kenapa perempuan tak boleh itu dan ini? Sebab perempuan satu makhluk yang Allah cipta memang dia perlukan pembimbing dan pelindung. 

Perempuan boleh jadi pemimpin. Tapi akan mudah satu satu negeri atau organisasi tu hancur sebab perempuan mudah dimanipulasi dan bertindak dalam keadaan beremosi. Kalau talak tu hak perempuan, setiap pergaduhan mesti akan bercerai. Silap haribulan talak 3 pun belum cukup untuk nak satukan balik satu satu pasangan, sebab banyak kali bercerai. Sekuat dan seteguh mana perempuan, tetap dia perlukan seorang lelaki. Walaupun bukan suami, tapi tetap mereka ada abang, adik lelaki atau bapa untuk digantung harap. 

Ni nak sentuh sikit lah. Soal gaji dalam perkahwinan. Antara hal yang dititikberatkan oleh Nadia ialah gaji bakal suami. Tak kesah berapa angka dan berapa nilai gaji si lelaki, asalkan lepas dan cukup untuk tampung Nadia, tapi biarlah lebih tinggi dari gaji Nadia walaupun beza RM10.00 sekalipun. Kita orang perempuan, tak tahu setara mana tahap hormat kita bila kita bergaji tinggi dari suami. Masa bercinta semua indah. Kena ingat satu benda. Hubungan masa bercinta, lain sebab tak ada komitmen. Hubungan masa berkahwin, lain sebab ada komitmen tambahan pulak si suami kena tanggung istri. Hubungan masa dah beranak pinak pun lain sebab tanggungan dan tanggungjawb jadi makin besar. Silap hari bulan, nak cakap Iloveyou pun susah sebab sibuk cuci berak anak tukar pampers tanak nasi lipat kain etc. Ni hakikat yang realiti bukan fantasi. 

Sedangkan Nadia sendiri pun tak yakin Nadia akan hormat suami kalau bergaji tinggi. Sebab duit tu umpama raja yang bila kita tak kawal dia, kita akan jadi besar kepala dan gelap mata. Oh aku kaya, aku berkuasa. Jadi, kita org perempuan, bersederhana je cukup lah. Tapi tak bermakna si suami kena pijak kepala mentang gaji tu besar gajah. Ingat sikit awk tu ada anak perempuan. Awak buat anak orang, anak orang akan buat anak awak. Hidup ni satu kitaran. Taknak kena kat diri. Jangan buat orang. Kalau kena juga kat diri walaupun tak buat orang, anggap je itu satu ujian. Allah takkan turunkan tanpa sebab setiap ujian tu. Ketahuilah yang kita ni insan terpilih yang istimewa Allah dah kasi 'hadiah'. 

Sebab Nadia dalam zon 'emosi' sekarang ni. So ayat dalam ni pedas pedas, Datang dari hati dan kena tepat juga pada hati korang yang curi curi baca ni . *kalau terpanah lah, jangan terpanah cinta sudah haha*

Nadia suka pada situasi yang sibuk, kerja yang berlambak. Sebab itu satu bonus bila dalam mood sekarang. Nadia akan sibukkan diri dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir masalah. Tambah lagi bila kerja yang ada 'submission date' . Ni kerja ada satu lagi tak settle kena email dekat Apik. Sebab membuak rasa nak lepaskan marah, so kita buka blog. Ok I feel free. 

Tak sabar nak naik Ahad ni. Ada hutang cerita nak cerita dekat 'mesin telinga setia' Nadia kat Kuantan. Orang y selalu positif bila mood sawan ni datang kadang rasa nak hempuk dia dengan purse. Aku marah tahu tak bila dia suka mengalah. Aku marah. Huh ! Ah bosan. !

Hashtag : Sila judge saya. Tak luak. Nak siapkan asgmnt. Bye.